CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 17

[Jenayah] Ada ‘ikan jerung’ seleweng kuota beras ST15, kata pemborong berlesen

[Copy link]
Post time 1-7-2015 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-7-2015 02:02 AM

Ada ‘ikan jerung’ seleweng kuota beras ST15, kata pemborong berlesen

OLEH JAMILAH KAMARUDIN                                                                        Published: 30 June 2015 7:01 PM  
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-ikan-jerung-seleweng-kuota-beras-st15-kata-pemborong-berlesen


Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee semasa di sidang media berkenaan subsidi 21 tan beras kepada ST15 tempatan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Jun, 2015.  

Berlakunya salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan agihan kuota pembelian program beras subsidi Super Tempatan 15% hancur (ST15) sehingga menyebabkan faedahnya tidak dinikmati rakyat miskin dan menindas pemborong berlesen lain, kata Datuk Noridan Spee Yee.  

Sebaliknya, Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd itu mendakwa, ada "ikan jerung" memegang jawatan ketua bahagian parti, wakil rakyat, ahli politik hingga bertaraf menteri yang mengaut keuntungan besar melalui pengagihan kuota.

Noridan berkata, berlakunya pembayaran "atas angin" untuk mendapatkan kuota apabila ramai yang mendapat kuota itu tidak mematuhi syarat garis panduan dan perintah, menyebabkan kerugian RM6 juta subsidi kerajaan sebulan.

"Saya ada bukti. "Saya ingin bertanya kepada perdana menteri dan semua agensi yang tahu perkara ini berlaku kenapa berdiam diri tanpa bertindak.  "Adakah kita nak tunggu sehingga negara kita muflis seperti banyak negara yang berlaku rasuah dan salah guna kuasa?  "Kita harus ingat Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan tiba tidak lama lagi. Jangan menyalahkan rakyat jika tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang," katanya pada sidang media di Shah Alam, Selangor hari ini.        

Katanya, bukti sudah dikemukakan dalam aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak dua kali pada tahun lalu dan Februari lalu namun masih tiada respons.  Katanya, surat aduan juga ditulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 5 Februari lalu, mengadu tentang kuota, serta pelantikan pangampit dan pemborong yang tidak adil dan tidak telus.        

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam Dewan Rakyat ‎pada Mei lalu‎ mencabar ahli Dewan supaya membuat laporan kepada SPRM berkaitan isu itu.  "Tanya timbalan menteri, dia pun minta kuota dengan ketua pengarah untuk bahagian dia di Pasir Salak semasa bantuan banjir Disember tahun lalu.   "Berapa yang perlu dibayar untuk dapat kuota kena tanya timbalan menteri," kata Noridan.        

Akhbar Harian Metro sebelum ini juga melaporkan hasil kajian makmal mendapati beras ST15 yang sepatutnya mempunyai gred 15% beras hancur mempunyai 37% beras hancur, manakala beras gred ST5 mengandungi 27% bijian hancur.  "Tukar gred beras memang berlaku kerana ramai pemborong dikenakan bayaran (toci) untuk dapat kuota. Saya sudah buat laporan kepada SPRM sebanyak dua kali sekarang masih dalam siasatan," kata Noridan.        Putrajaya memperuntukkan beras subsidi 40,000 tan sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala 20,000 tan bagi Sabah dan Sarawak.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima subsidi kerajaan sebanyak RM528 juta untuk diagihkan kepada 895 pemborong beras seluruh negara sejak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2008.  Objektif program ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi mendapatkan beras pada harga yang lebih murah dengan menampung kos pengeluaran beras.  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Parlimen pada April lalu menyarankan supaya program itu digantung kerana gagal mencapai matlamatnya umtuk membela nasib golongan berpendapatan rendah. – 30 Jun, 2015. -

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 10:01 AM | Show all posts
sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
banyak dah benda2 salah laku pemimpin ni dibongkar tapi dorang buat bodoh je..tak rasa bersalah langsung..only in malaysia darul bolehland
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 10:05 AM | Show all posts
MeghanK replied at 1-7-2015 02:03 AM
banyak dah benda2 salah laku pemimpin ni dibongkar tapi dorang buat bodoh je..tak rasa bersalah lang ...

Katanya, bukti sudah dikemukakan dalam aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak dua kali pada tahun lalu dan Februari lalu namun masih tiada respons.

SPRM buat bodoh jerk uols....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 1-7-2015 10:05 AM
Katanya, bukti sudah dikemukakan dalam aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR ...

sprm tak tangkap jerung kak..tangkap bilis je
kalau ada orang sprm baca ni, i nak cakap, shame on u pengecut !
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:44 AM | Show all posts
Katanya, bukti sudah dikemukakan dalam aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak dua kali pada tahun lalu dan Februari lalu namun masih tiada respons.  Katanya, surat aduan juga ditulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada 5 Februari lalu, mengadu tentang kuota, serta pelantikan pangampit dan pemborong yang tidak adil dan tidak telus.




Hahahahaha... Contoh yang @Anak_Nogori idam-idamkan dah pon datang bergolek.... Oh my BoleyLand..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 10:51 AM | Show all posts
bapak bapak jerung mana??
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 1-7-2015 10:05 AM
Katanya, bukti sudah dikemukakan dalam aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR ...

Sprm call je menteri2 ni.
Kalau menteri ckp x..mesti mksudnya x
Masakan menteri nipu ko ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 10:59 AM | Show all posts
ya tuhanku, sesungguhnya hambamu ini sedang berpuasa, kau peliharalah diriku dr menuturkan kata2 keji di tred ini...amin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:05 AM | Show all posts
iniliah punca kekayaan puak puak umno, minta kouta sana sini, berniaga tidak pun, atas angin je. kuota beras la, kuota gula la, macam-macam kuota. bila dah tua bangka tak ada jawatan tu kerja dia pergi umrah setiap tahun, ye lah duit dah terlebih banyak tau tau nak buat apa. Nampak mulia kan, sebab itu orang tak berapa ambil kisah. Nampak mulia bila dah tua bangka (pergi umrah, sedekah orang,dan lain-lain)
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:09 AM | Show all posts
kisah benar ni...kita ada buat porosal nk seplai beras import dari vietnam..jumperla bos bernas..terang2 masa diskas bos tu ckp kroni2 dah sapu abis tender seplai beras senang kontrol rege beras.


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:34 AM | Show all posts
hasil cam nie buat makan anak bini......hadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 11:54 AM | Show all posts
namakan aje la sapa.klu sembang lebat tp xbagi tau nama aku anggap gosip aje
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:30 PM | Show all posts
nasib baik aku tak guna beras 15% hancur ni (yang sebenarnya lebih 30% hancur)...
kesian aku kat makcik pakcik felda pprt yang kena tipu dengan beras yang macam sampah ni...
tapi nak buat camna, sendiri yang bodoh, undi penyangak2 ameno yang suka menipu mereka balik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:34 PM | Show all posts
bile org report, kau tgkp org yg mereport
acane tuhhh?
sampai bebila pon rasuah x setel bang oi klu kau tgkp org yg x bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 02:02 PM | Show all posts
rasuah mmg ketara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 02:07 PM | Show all posts
Aku nak tengok apa yg dia org akan jawab lps nih. Sblm ni hanya report dan tulis surat je. Sekarang ni dah keluar media...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:34 PM | Show all posts
Edited by alzan at 1-7-2015 03:35 PM

gomen ni makin teruklah...
ada program subsidi beras pun kencing rakyat tangguh dari tahun 2009
https://ms.wikipedia.org/wiki/Subsidi_Beras_Untuk_Rakyat http://blogmoa.moa.gov.my/?p=437
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062650 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list