View: 2441|Reply: 35
|
[Tempatan]
Peniaga Tidak Percaya Tuhan Saja Naikkan Harga Barang – Menteri
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 10-3-2016 05:01 AM
Harga barang naik, menteri salahkan peniaga tidak percaya Tuhan OLEH MD IZWAN Published: 10 March 2016 11:26 AM
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Jika peniaga mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga barang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menyalahkan peniaga yang tidak mempercayai Tuhan sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang. Hamzah berkata sekiranya peniaga tersebut mempunyai agama, mereka akan mengamalkan etika berniaga dan tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.
"Masalahnya mereka yang tak percaya Tuhan selalu akan naikkan, yang percaya pada Tuhan selalunya dia akan mengikut amalan beretika dan tidak akan naik harga," kata Hamzah semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw.
Tan dalam soalannya bertanya adakah kenaikan harga yang melanda dalam negara dibuat Tuhan dan mempersoalkan langkah Putrajaya dalam mengatasi isu disiplin penguat kuasaan mereka.
"Adakah harga naik ni di tangan Tuhan? Apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain mahkamah khusus dan jawab panjang lebar dalam Dewan untuk integriti dan disiplin 2000 penguat kuasa," soal Tan.
Hamzah berkata Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang. "Saya nak beritahu Tuhan tak pernah pun menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga," katanya.
Orang ramai terjejas dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin membebani kehidupan mereka, terutama selepas pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Putrajaya pada awalnya berkata pengenalan cukai pengguna tersebut tidak akan membebankan namun sebaliknya berlaku apabila orang ramai terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider. ... thash.Ugip1kgh.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kebenarannya kata menteri tu
tidak semua peniaga cina percaya kewujudan tuhan
segelintir di kalangan melayu pun mungkin ada juga |
|
|
|
|
|
|
|
minggu lepas bangkem makan kat line clear kampung baru
ambik nasi beriani, sotong, sayur dan telur masin, kena rm14.90 tak masuk air..
member bangkem ambik lauk yang sama, kena rm16.50
dorang ni main tulis je ke harga? |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga tidak percaya tuhan saja naikkan harga barang – Menteri
| March 10, 2016
Peniaga yang percaya kepada tuhan akan mematuhi kod etika perniagaan dan tidak akan menaikkan harga barangan sesuka hati.
KUALA LUMPUR: Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan peniaga-peniaga yang tidak percaya dan takut kepada tuhan sahaja akan bertindak menaikkan harga barangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga berkata, tuhan tidak pernah meminta atau menyuruh sesiapa menaikkan dan menurunkan harga barangan.
“Saya hendak beritahu, tuhan tidak pernah pun menyuruh sesiapa menaikkan harga atau menurunkan harga.
“Yang masalahnya, mereka yang tidak percaya dengan tuhan yang selalu akan naikkan, yang percaya pada tuhan selalunya dia akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naik harga,” katanya sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Hamzah berkata demikian bagi menjwab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang bertanya adakah kenaikkan harga barangan kini terserah di ‘tangan tuhan’.
“Adakah harga naik ini di tangan tuhan, dan apakah tindakan berkesan yang akan diambil selain daripada mahkamah khusus dan jawapan panjang lebar dalam dewan untuk integriti dan disiplin 2,000 penguatkuasa,” soal Ahli Parlimen veteran DAP itu.
Sementara itu, Hamzah ketika diminta untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu menyatakan peniaga yang beretika tidak akan menaikkan harga sesuka hati berkata,
“Setiap peniaga perlu ada etika dan ia amat diperlukan supaya wujud keseimbangan diantara ekonomi tempatan dan juga pengguna.
” Kalau tidak seimbang, jangan sampai pengguna merasakan mereka ditipu peniaga yang ambil keuntungan secara berlebihan sehingga pengguna tidak beli, sekaligus menyebabkan peniaga rugi.
“Saya mahu peniaga ada sikap etika kepada pengguna agar senang kempen jual barang dilakukan dan tidak timbul soalan tuhan yang naikkan harga,” kata beliau.
Mengulas mengenai soalan dari Seng Giaw itu, Hamzah menyatakan pertanyaan tersebut bukanlah satu pertanyaan yang kelakar.
“Ia tidak kelakar. Saya sudab menjawab di dalam al-Quran dalam Surah Al-A’Araf, peniaga tidak ambil keuntungan yang berlebihan perlu timbang, dan pengguna juga tidak kena tipu,” katanya.FMT
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah yg naik harga banyak peniaga meleis.. takkan mereka x percaya tuhan Alloh... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk imply kaper nasoro jua kan ujung2..padahal oeniaga meleis yng lemah xmampu bersaing..cash la...pergi lah sembah tuhan neils armbabitonyok |
|
|
|
|
|
|
|
Datang esok hari jemaat amik lauk yg sama rm18.20
|
|
|
|
|
|
|
|
Datang esok hari jemaat amik lauk yg sama rm18.20
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 10-3-2016 05:02 AM
masalah yg naik harga banyak peniaga meleis.. takkan mereka x percaya tuhan Alloh...
Heshe nk cakap majoritas unmah peniaga meleis xalim ularmark mcm heshe la sis...So saya syak majoritas peniaga meleis sembah adat jah konsepnya. |
|
|
|
|
|
|
|
are you mad with his statement?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa laa dok bergendang benda yang tak berpaedah..... |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 10-3-2016 01:05 PM
Datang esok hari jemaat amik lauk yg sama rm18.20
dah la tak sedap.. jauh dari rasa line cleaq kat penang..
nasik pulak lembik.. ayam keras.. sotong yang bangkem makan pon so so je
sama macam mamak biasa jah rasa |
|
|
|
|
|
|
|
So menteri2 lahanat yg sewenang2 mengambil kesempatan ke atas kesusahan rakyat pon xpercaya tuhan kan? Menteri xde etika dan tak amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka semua tu xpercaya tuhan la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 10-3-2016 12:54 PM
minggu lepas bangkem makan kat line clear kampung baru
ambik nasi beriani, sotong, sayur dan telu ...
Maybe sotong yg kwn bengkem ambik tu sotong kurita gergasi dan sayur tu sayur organik...maka lain lah harganya |
|
|
|
|
|
|
|
menteri msia ni semua syumullllll |
|
|
|
|
|
|
|
Soal etika dan moral ni.. atheis pon ada yg ber etika.. ni soal attitude dan mentaliti.. namun tidak dinafikan kepercayaan kepada agama boleh menjadikan seseorang itu ber etika. |
|
|
|
|
|
|
|
dizeck replied at 10-3-2016 12:47 PM
ada kebenarannya kata menteri tu
tidak semua peniaga cina percaya kewujudan tuhan
Camna plak klo menteri percaya tuhn tentu rakyat tak sengsara sangat haa
Klo menteri ada etika dan percaya wujud tuhan , kenapa masih pertahankan kawan yg bersalah or rasuah or tak dak maruah?
Menteri NAK ALIH BEBAN DIRI, AMANAH yg telah depa kianati dengan guna nama tuhan
Masa tersepit pandai kaitkan tuhan, masa senang dia jadi tuhan or tuan, ni.ler.manusia TERKUTUK , semoga tuhan laknat depa
Hanya orang berimannnnn saja layak.jadi menteri or ketua, beriman iman darjat TAQWA!! Masuk waktu dia solat tak kira dlm.tengah berperang or sakit kuat or apa pun sebabbbbb dia taqwa, dia takut Allah, klo jalankan amanah tuhan cukup takut, dia takmo orang lain tanggung, dia takut tuhan soal dia nanti mcm cite saidina umar r.a, jadi manusia, jadi lelaki, jadi suamiiii, jadi ayahhhh, jadi.menteriiii, jadi adun.mp jadI ketua apa pun, perghhhhh nangissss tiap malam takut camba nanti tuhan adili diaa, susah tido dok pk nadib orang dia jaga haaa, ni laa ciri ketua manusia kekasih Allah swt, dia kasih kat tuhan dia dan tuhan dia kasih akan dia, inilah ciri CALON korang kne undi, tau hal dunia dia berlomba lomba cari.rezki tuhan yg bertebarannnnn di muka bumi tapi tiap malam.nangis sesoang mengadu diri kat tuhan dia apaaaaaaaa nasin aku nanti ya robbiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
bab etika dalam berniaga memang sangat
ditekankan, terutamanya dalam agama islam
kebersihan dan kualiti, sukatan dan timbangan,
selain harga yang berkadaran dan patut adalah di antara
penekanannya
|
|
|
|
|
|
|
|
amanah? agama?
suruh bela lembu gi beli kondo bangsar |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga tu shia
klu sunni xkan sanggup buat benda mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|