View: 1494|Reply: 18
|
[Tempatan]
Betul Ke Ni?:The Edge buat keputusan menutup The Malaysian Insider
[Copy link]
|
|
The Edge buat keputusan menutup The Malaysian Insider
14 Mac 2016 | BORHAN AHMAD Jahabar memaklumkan keputusan The Edge Media Group untuk menutup TMI.
Selepas disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pemilik The Malaysian Insider (TMI), The Edge Media Group memutuskan untuk menutup laman itu mulai tengah malam ini.
Keputusan penutupan itu dibuat oleh The Edge menggunakan alasan kewangan, beritahu Jahabar Sadiq, Editor dan Ketua Pegawai Eksekutif TMI dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TMI hari ini.
s
|
|
|
|
|
|
|
|
beritak adak sumber kamuk tiadak percayak. beritak tiadak sumber kamuk tiadak percaya jugak. akuk herank. herank akuk samak kamuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
inilah antara saat yang sangat dinanti2 kan
selama ini
satu lagi lidah fitnah dan sumber
kejahatan berjaya dikalahkan oleh
kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
dipatahkan kebenaran dgn beri sekatan? what a silly statement |
|
|
|
|
|
|
|
kenak tanyak jugak forumers carik mungkik merekak lagik tahuk husin oiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
akuk curik tagline kamuk 'Betul ke ni'. kamuk kasik halal sajak yak?
|
|
|
|
|
|
|
|
halalk lahk husink kauk punyak pasalk
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pm kita kejam macam pm Singapore tu rasanya ramai yang bankrap sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak lah. |
|
|
|
|
|
|
|
sekatan untuk elak orang ramai
terus diperdaya dengan kepalsuan
jika kononnya benar sangat, kenapa
ambil keputusan tutup, sedangkan
dana bukanlah isu utama
|
|
|
|
|
|
|
|
'TMI tidak untung, kami rugi RM10 juta' - Kumpulan Media The EdgeAstro Awani | Mac 14, 2016 14:34 MYT
Ho berkata syarikat itu menanggung kerugian kira-kira RM10 juta sejak mengambil alih pemilikan TMI. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Walaupun tersenarai dalam tiga portal berita paling tinggi dilawati di Malaysia, The Malaysian Insider (TMI) sebenarnya sukar untuk melepasi garis keuntungan.
Kumpulan Media The Edge selama ini menanggung kerugian kira-kitra RM10 juta sejak ia membeli pemilikan TMI pada Jun 2014.
Di bawah ini merupakan kenyataan penuh pengarah kumpulan, Ho Kay Tat, yang menjelaskan mengenai pemberhentian operasi portal tersebut:
"Adalah dengan dukacita dimaklumkan, Kumpulan Media The Edge mengumumkan bahawa kami telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) berkuatkuasa serta-merta.
Walaupun hakikatnya TMI merupakan salah satu daripada tiga portal berita yang paling tinggi menerima kunjungan trafik di Malaysia kerana laporan berita yang berani, ia tidak menerima sokongan komersial yang cukup untuk terus beroperasi.
Kumpulan Media The Edge telah mengalami kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh 20 bulan sejak kami mengambil alih pemilikan TMI pada Jun 2014 dan kami tidak lagi dalam situasi yang membolehkan ia diteruskan.
Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kami telah didatangi oleh tiga pihak luar (kesemuanya memiliki perniagaan media) yang berminat untuk mengambil alih TMI, setelah kami mengumumkan hasrat untuk melepaskannya sebagai usaha penstrukturan semula Kumpulan Media The Edge.
Terdapat juga tawaran pembelian pengurusan (management buy-out - MBO).
Namun malangnya, kami tidak menemui persetujuan dengan mana-mana pihak luar itu termasuk MBO. Kami percaya masalah terkini yang dihadapi TMI dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menambahkan kesulitan untuk memuktamadkan urusan penjualan yang telah berlangsung sebelum itu.
Kami akan melepaskan kesemua 59 pekerja TMI dan mereka akan menerima pakej pemisahan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.
Penutupan TMI harus menjadi peringatan indistri media dan khalayak umum amnya, bahawa kewartawanan yang baik tidak boleh diteruskan tanpa sokongan komersial. Dan apabila kewartawanan baik terhenti, masyarakatlah yang rugi."
Ho Kay Tat
Terdahulu, berita mengenai TMI yang bakal menghentikan operasi bermula tengah malam ini telah dilaporkan.
Pengumuman itu telah dibuat oleh pengarangnya, Jahabar Sadiq, melalui kenyataan yang disiarkan di portal berita berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Portal The Malaysian Insider henti operasi bermula tengah malam iniAstro Awani | Mac 14, 2016 12:52 MYT
Antara laporan berita yang disiarkan di portal The Malaysian Insider pada tarikh 14 Mac 2016. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kumpulan The Edge Media Group membuat keputusan untuk menghentikan operasi portal berita The Malaysian Insider (TMI) bermula tengah malam ini (15 Mac 2016), selepas lapan tahun beroperasi.
Pengumuman daripada pengarang yang disiarkan di laman web portal berkenaan, menyatakan bahawa keputusan itu diambil atas sebab-sebab komersial.
“Kami telah bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain. Kami bekerja untuk menjadikan setiap suara didengari.
“Namun tugas kami di The Malaysian Insider kini berakhir di Malaysia, yang semakin mahukan ketepatan, ketelusan dan maklumat,” ujarnya.
Sidang pengarang portal itu turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang menyokong mereka sejak hari pertama beroperasi hingga sekarang.
Pada 25 Februari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman TMI ekoran tindakan portal berkenaan yang telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia berikutan penyiaran sebuah laporan berkenaan panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disifatkannya telah mengelirukan orang ramai.
Susulan itu, lima pengarang TMI telah memberi keterangan di Bukit Aman pada 26 Februari mengenai perkara tersebut.
Tindakan menyekat laman web TMI ketika itu, menurut SKMM, diambil selepas pertimbangan teliti dibuat mengenai kesannya ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di negara ini.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan SKMM itu dibuat kerana portal itu melanggar Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
|
|
|
|
|
|
|
|
The Malaysian Insider Tamat Operasi Tengah Malam Ini
Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 12:30 PM
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan menamatkan operasi pada tengah malam Isnin, 14 Mac.
Ketua Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq berkata penutupan portal milik The Edge Media Group itu dibuat atas alasan komersial.
"Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.
"The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini," katanya menerusi cacatan di laman web TMI.
Menurut Jahabar, sejak mula beroperasi pada 2008, portal berkenaan memberikan laporan yang tidak berat sebelah kepada pembacanya.
"Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.
"Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka boleh membuat keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar," katanya.
Selain itu menerusi cacatan berkenaan Jahabar turut berterima kasih kepada pembaca mereka sepanjang beroperasi selama lapan tahun dan 18 hari.
"Semuanya sudah diluahkan, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.
"Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama," katanya.
Pada 25 Februari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web TMI atas alasan melanggar undang-undang negara.
Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana didakwa melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama, tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 adalah berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Ytl dah tak fund
Duit free ipp dah tak ada |
|
|
|
|
|
|
|
kesian 59 pekerja TMI
diharap lim guan eng sudi serapkan
mereka sebagai RBA DAP
|
|
|
|
|
|
|
|
berita btul ni..ke kabo angen je |
|
|
|
|
|
|
| |
|