Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Suhaizul Izhar
Aktor kacak Remy Ishak berpendapat tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya malah sesiapa saja untuk berseronok di Pesta Songkran yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini.
Biarpun dilempar dengan komen-komen negatif oleh segelintir pihak, namun kata Remy, dia tidak ambil pusing mengenai hal itu kerana niatnya hanya mahu berseronok sambil merasai sendiri pengalaman tentang budaya masyarakat asing. Lebih-lebih lagi katanya, dia jarang mendapat peluang sebegitu.
"Saya tak merancang pun hendak ke pesta tersebut. Sebenarnya, selesai saja jalani penggambaran filem 'Antara Satu', saya rasa saya perlu hilangkan stress sebab sepanjang penggambaran memang memenatkan. Ketika itu saya fikir, saya perlu keluar dari 'habitat saya' maksudnya jauh dari rumah atau kampung.
"Tapi cuti saya tak panjang, jadi saya ambil keputusan bercuti ke destinasi yang dekat-dekat saja. Kebetulan saya tak pernah ke Bangkok, jadi itu yang saya teruja nak ke sana.
Kebetulan pula masa tu ada sambutan pesta tersebut.
"Saya memang suka pada warisan dan kebudayaan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita ambil tahu mengenai budaya di rantau Asia. Mengenai komen negatif segelintir pihak itu, saya tak baca pun. Pada saya, kalau ada yang positif kenapa kita perlu ambil yang negatif", ulasnya mengenai isu tersebut sewaktu ditemui pada majlis disebalik tabir filem terbaru lakonannya, 'CEO', di Damansara, semalam.
Baru-baru ini, Remy menerusi laman Instagramnya ada memuat naik beberapa gambar sewaktu berada di keraian tradisional masyarakat Thailand itu. Secara ringkas, Pesta Songkran bermaksud, sambutan tahun baru Thai. Pada hhari tersebut diadakan acara menyimbah air simbolik sebagai membersihkan patung-patung Buddha.
Bagaimana ada sebilangan peminat yang memberikan komen mengatakan Remy tidak patut ke pesta tersebut kerana tindakannya itu dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Sementara itu, menyentuh pula mengenai filem CEO, Remy berkata dia mula tertarik untuk berlakon dalam filem berkenaan selepas membaca skrip dan wataknya.
Namun Remy mengakui ada ketikanya dia mengalami tekanan emosi dalam menjayakan karakternya iaitu sebagai seorang tokoh koporat dan kemudian terpaksa hidup sebagai orang biasa apabila dia dipecat.
"Bila saya dapat skrip filem ini saya terus tertarik. Karakter saya kali ini komedi tapi komedi yang serius. Paling mencabar bila saya daripada seorang tokoh koporat dengan tiba-tiba terpaksa lalui hidup seperti orang biasa.
"Karakter CEO tu perlukan saya kawal dari segi cara cakap, dan gaya saya. Kemudian saya kena tukar jadi orang biasa. Saya rasa pressure emosi.Tapi ianya satu cabaran bagi saya. Untuk redakan konflik tu, saya banyak berborak dengan pengarah", katanya yang memengang watak Adam.
Diarahkan oleh pengarah baru Razaisyam Razak, 'CEO' merupakan terbitan sulung Arafilm Sdn Bhd. Filem ini menceritakan jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang sentiasa berputar. Setiap orang mempunyai kecekalan menempuhi kesukaran hidup dan perlu bijak mengatur langkah.
Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur selama 30 hari bermula pada 15 Jun hingga 15 Julai 2013 dan menelan belanja lebih kurang RM1.8 juta.
Bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014, CEO turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat lain seperti Beto Khusyairi, Christina Suzzane, Deana Yusof dan Jalaluddin Hassan.
http://malaysiandigest.com/hibur ... -penjelasannya.html
|