CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

NIKKI - MAHARANI [repack]

[Copy link]
Post time 22-3-2007 09:12 AM | Show all posts
Zon Muzik: Album Maharani
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


ALBUM: Maharani


ARTIS: Nikki
GENRE: Pop/Dance

JANGAN terkeliru kerana ini bukan album terbaru Nikki. Sebaliknya, album sulung artis yang mencipta nama menerusi pertandingan Malaysian Idol ini dikeluarkan semula dengan konsep kulit album yang lebih segar.

Tidak sekadar mengharapkan kepada wajah baru, susunan lagu juga diberi kesegaran apabila trek album ini diperkemaskan dengan memuatkan dua klip video sebagai bonus kepada pembeli.

Andai ditanya mengenai kekuatan Maharani, album ini menyatukan pelbagai rentak merangkumi balada sentuhan rancak yang pantas menaikkan nama Nikki. Tentu ramai yang masih ingat kepada Caramu, sentuhan Audi Mok yang mengukuhkan nama Nikki bersama Zahid dalam senarai Top 5 beberapa acara anugerah popular.

Jika sebelum ini, Maharani memuatkan 25 lagu, kemunculan terbaru ini diperkemaskan dengan 21 lagu. Sebuah lagu bonus turut dimuatkan iaitu Drama menampilkan paduan vokal Nikki bersama Ning Baizura dan Yanie.

Mutu dan kekuatan vokal milik artis berusia 23 tahun ini sudah diuji menerusi pelbagai genre lagu. Alunan Pinta yang membuai menyerlahkan potensi Nikki untuk mengukir nama sebagai artis.

Populariti Nikki makin memuncak sebaik saja bersatu dengan Zahid. Caramu membuahkan kejayaan apabila duo ini diangkat sebagai Vokal Duo Pilihan, Anugerah Era 2006. Impak kehadiran Nikki makin ketara apabila disenaraikan sebagai Top 5 Duo/Artis Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006.

Terbaru, Nikki mempertaruhkan kepada rentak balada, Imaginasi ciptaan Audi Mok dan lirik Nur Fatima. Kawalan vokal yang baik banyak membantu penyampaian Nikki menjadi lebih berjiwa dan hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 09:58 AM | Show all posts
CD 2 maharani yg asal tu kan dah bnyk remix kan...aku ada beli gak..tapi nape cd dia cam nipis semacam...mcm cetak rompak punya...cd lain aku beli tebal ok jer...yg nikki ni cam sekeping very sleek jer...n way lagu Imaginasi mmg best..vokal nikki amatlah best masa dia nyanyi live prelude ERA thn lepas...whistling+whispering dia mmg superb masa tue...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 12:49 PM | Show all posts

Promo: Album Nikki MAHARANI Re-Issue di Pasaran!



MAHARANI Re-Issue merangkumi keseluruhan konsep pop disamping mengetengahkan keunikan vokal dimiliki bintang Malaysian Idol, Nicolette Palikat atau lebih manja dengan panggilan Nikki.

Pada awalnya album ini diedarkan pada 28 November 2005 oleh NAR Records. Namun dengan azam serta rangka promosi yang baru album ini dihasilkan kembali supaya lebih segar dan menepati selera peminat melalui edaran Sony BMG. Album ini diedarkan semula pada 28 November 2006 dengan konsep kulit album dan susunan trek lagu yang baru beserta 2 buah klip video.



Album ini menampilkan kekuatan muzik tersendiri dengan pelbagai rentak balada juga rancak. Tidak keterlaluan jika dikatakan MAHARANI memberi nafas baru dan kelainan berbanding muzik pop sedia ada dalam industri muzik tempatan. Jika sebelum ini sebanyak 25 buah lagu dimuatkan, kini ia tampil dengan 21 buah lagu termasuk lagu bonus berjudul 慏rama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 03:27 PM | Show all posts
wah,.... cam menarik jer... nak belilah. anyway nikki memang best!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 06:19 PM | Show all posts

Reply #2 pinguin's post

Thanks Marul78!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 08:38 PM | Show all posts
Kellasss. .. kellassss. .. kelllasss. .. Itu je yg mampu haku kata. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2007 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 06:41 PM | Show all posts
sorry tak minat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2007 08:59 PM | Show all posts
good album.........

[ Last edited by  gjoy_chester at 29-3-2007 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 09:02 PM | Show all posts

Reply #3 VernMrManager's post

actually mr manager, berapa sales album Maharani ni?leh kongsi ngan kiteorang x?

[ Last edited by  gjoy_chester at 30-3-2007 05:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 09:58 PM | Show all posts
bukan patut nye ni masuk dlm bod new release ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 11:52 PM | Show all posts

Reply #7 gjoy_chester's post

tak berapa laku kot..
tu sebab kena buat " re-pack "
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 01:50 AM | Show all posts

Reply #4 adik_nazgul's post

Thanks Adik!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 01:50 AM | Show all posts

Reply #5 jai09's post

Taste masing masing
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 01:54 AM | Show all posts
Gjoy - Thank you. It is a good album. Not biased but seriously. Sales figures are p & c. Sorry.

Calmille - Actually, it's not a new release. It's a re-issue (dipasarkan semula) kerana masalah pengedaran. sekarang, pengedarnya Sony BMG dan penjualan memang memberangsangkan .

[ Last edited by  VernMrManager at 30-3-2007 01:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by VernMrManager at 30-3-2007 01:54 AM
Gjoy - Thank you. It is a good album. Not biased but seriously. Sales figures are p & c. Sorry.

Calmille - Actually, it's not a new release. It's a re-issue (dipasarkan semula) kerana mas ...


takde diskaun ke utk yg dah beli album asal..

mr. vern..bunyi nafas nikki very obvious dalam album nie...sometime macam mengganggu pendengaran..bunyi nafas tu boleh diedit kan? cam album ning-erti pertemuan tu takde bunyi nafas pun...mcm tu baru best dengar..dan senang nak hayati lagu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #8 calmille's post

sori diatas kelambatan mereply
Reply

Use magic Report

loyaq This user has been deleted
Post time 30-3-2007 11:45 AM | Show all posts

Reply #9 tsumawee's post

aku dengar original album sold only more or less around 1,000 copies only
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by loyaq at 30-3-2007 11:45 AM
aku dengar original album sold only more or less around 1,000 copies only


sian die ..

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:33 PM | Show all posts

NIKKI - MAHARANI

ARTIS: Nikki
JUDUL: Maharani
GENRE: Pop & dance


TERLALU memanjakan peminatnya! Itu kesimpulan yang dapat saya berikan selepas meluangkan masa mendengar Maharani album versi repacked yang menampilkan kandungan dan kulit album lebih segar.

Maksud saya dengan memanjakan itu berdasarkan satu lagu hit yang ditampilkan dalam pelbagai susunan muzik dan genre. Contohnya, Caramu bukan saja ditampilkan dalam versi 2000 malah Caramu dalam versi asal. Juga Caramu dalam Sax and the City Remix selain minus-one khusus yang mahu menyanyi.

Imaginasi ditampilkan dalam versi akustik bersama Ning Baizura dan versi minus-one.

Selain itu, ada Cinta Baru versi Maharani Remix manakala lagu Hey! Hey! pula dalam bentuk Hip Hop Remix.

Pinta kedengaran kreatif apabila ditampilkan dalam gaya lama iaitu Vintage Mix. Menambah impak pada album ini adalah kehadiran Drama selaku lagu bonus yang menampilkan Ning dan Yanie. Itu belum lagi VCD Drama yang menampilkan Caramu dan Imaginasi.

Kelebihan Nikki terletak kepada dinamik vokalnya itu yang hampir menyerupai vokal falsetto Mariah Carey. Dengar saja lagu bernada up-beat, rancak, ranggi dan moden dalam album ini. Antara yang menonjol semestinya Perang Atau Cinta oleh Audi Mok yang begitu comel sekali penyampaiannya. Tidak dilupakan Hey! Hey!, Caramu, Aku Maharani dan Drama.

Juga ada Julangan Permata dan Janji yang diberikan elemen muzik klasik India ringan namun menarik. Semestinya Nikki antara bakat pelapis yang terus menggegar!

----------------------------------------------------------------------
tak banyak promosi pun  -
in fact tak pernah dengar sangat pasal dia ni
kee sebab saya memang tak minat -

tapi  rasa2nya  album dia tak jauh kemana --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.080079 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list