CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: my_3A

"Cik Wan Kembang" namanya, BUKAN Cik "Siti" Wan Kembang!

[Copy link]
Post time 6-3-2010 12:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 1-3-2010 20:56

136# Lloni

Tingginyo pangkat demo...hahaha...CSWK yang tahun 1300 tula yang betol...semua tu pasal nak SEMBUNYIkan sejarah kedatangan ISLAM k ...
cmf_tongkatali Post at 1-3-2010 20:53


Memang ketibaan Islam di Semenanjung lebih awal dari apa yg dicatatkan didalam buku sejarah tetapi pengkaji-pengkaji sejarah masa kini berpendapat ia bukan dikaburkan tetapi lebih kepada tidak diiktiraf kerana Islam yg tiba ke Semenanjung sebelum 1000 Masehi adalah dari aliran Syiah yg cukup memusuhi Islam dari Aliran Sunnah.Lagipun aliran Syiah pada masa itu tidak berkembang secara menyeluruh kepada raja dan rakyat jelata sebaliknya diamalkan oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja berbanding aliran sunnah selepas itu yg dianuti oleh keseluruhan Raja dan Rakyat.
             Kita mengharapkan ada pihak yg berwajib membetulkan semula fakta tentang ketibaan Islam di Semenanjung khasnya dan Nusantara amnya  dan memperjelaskan perkara ini kepada khalayak umum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 02:21 PM | Show all posts
Memang ketibaan Islam di Semenanjung lebih awal dari apa yg dicatatkan didalam buku sejarah tetapi pengkaji-pengkaji sejarah masa kini berpendapat ia bukan dikaburkan tetapi lebih kepada tidak dii ...
sayapghaib Post at 6-3-2010 12:26



Aliran syiah Zaidiah mengangkat Sayed Jaafar Shadiq itu sebagai Iman mereka. Namun perlu diketahui bahawa susur galur ittrah Rasulullah saw yg berada di nusantara ini adalah dari Jaafar Shadiq kebanyakannya.


p/s: aliran syiah Zaidiah adalh mazhab syiah yg paling hampir dgn mazhab sunni dan dari 'gerak hati' saya bahawa hubungan para daie dari kerajaan Ismailiyah Mesir amat rapat dgn perkembangan awal Islam di nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 11:05 AM | Show all posts
Ada dua orang yang bernama Siti Wan Kembang

Yang pertama iala pada zaman Kelantan Purba: Tahun 1290an-13xx atau 14xx kerana saya jangk dia hidup lebih 100 tahun. Dia menjadi raja Selatan Kelantan dengan negerinya itu diberi nama Serendah Sekebun Bunga Cerang Tenggayung dan dialah yang membunuh Rama Khamheng selaku raja Sukhothai atau Siam yang menduduki takhta pemerintahan pada tahun 1283 hingga 1317. Udruga Wijaya Malasingha itu adalah nama sebenar Cik Siti Wan Kembang. Nama Cik Siti Wan Kembang digunakan setelah dikurniakan kawasan Selatan Kelantan untuk diperintahnya sebagai raja oleh ayandanya bernama Raja Sang Tawal dengan pusat pemerintahannya bertempat di Kota Kuala Krai. Udruga Wijaya Malasingha juga adalah cucu kepada Raja Skrantayang memegang kuasa pemerintahan Empayar Melayur meliputi Tumasik hingga ke Bangkok, Campa atau Kemboja, Sri Lanka, Sumatera, Sunda dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Yang kedua ialah pada zaman Kelantan 'Moden':
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. CIk Siti ini merupakan ibu angkat kepada Puteri Saadong.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 11:23 AM | Show all posts
Kisah gadis jelita yang misteri dan di'jaga' oleh bunian/makhluk halus  >>>>>

Bukan niat aku untuk mengagungkan gadis yang cantik, tetapi ini kesah seorang yang cukup misteri di Kelantan. Dilahirkan dalam sebuah kelarga 'orang kampung' yang asalnya memakai gelaran Che/tengku/Wan tetapi gelaran itu digugurkan dan mereka hidup sebagai orang biasa. Kisah misteri bermula apabila anak perempuan mereka dilahirkan sebagai seorang yang amat cantik. Hidung mancung dan lubang hidung pun leper seperti biji beras. Matanya bulat seperti Luna Maya, air mukanya berseri-seri bak kata orang tua-tua - air muka Istana. Tetapi ibu bapanya hanya orang kampung biasa, manakala adik beradikya pula semua hitam2 dan hidung penyek, lubang hidung bulat. Muka langsung tak sama.

Kisah misteri bermula apabila berlaku beberapa perkara ganjil tak masuk akal. Apabila terjatuh motosikal, kakak-kakaknya semua luka2, calar balar dan lebam, tetapi budak ini langsung tidak luka dan tidak calar. Orang kampung cakap, 'malaikat sambut dia masa terjatuh ... hahaha'.  Kerap berlaku orang2 yang dengki dan cemburu ke atasnya, berakhir dengan penyakit misteri seperti gatal2 seluruh badan dan terkena histeria (masuk hantu) sehingga terpaksa jumpa bomoh. Kelibat bayangan putih juga selalu kelihatan. Tidurnya selalu mengalami mimpi yang ganjil-ganjil.

Orang tua yang melihat budak ini sokmo berkata: inilah jelmaan Cik Siti Wan Kembang ....... Adakah setiap 7 keturunan akan ada 1 muka yang sama berulang? (copy & paste) .....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 06:05 AM | Show all posts
Reply 144# cmf_WonBin

Orang tua yang melihat budak ini sokmo berkata: inilah jelmaan Cik Siti Wan Kembang ....... Adakah setiap 7 keturunan akan ada 1 muka yang sama berulang?


hapa?


plis lah. sangat hindu okeh.


boleh pulak golongan2 yang mengaku percaya pada Allah dan tidak kapir serta maha beriman pada yang Esa ini percaya pada konsep kelahiran semula dan reincarnation of souls seperti penganut agama hindu yang sering dicerca di porem ini? berbalik kepada pegangan agama asal kah?


kejap lagi ada la yang kata ni suma kuasa Allah la, manusia apa tau la, bla bla bla. peh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 05:07 PM | Show all posts
DNA reawakening .....DNA code inheritance belajar lah sains genetik a.k.a genome TOYA lah yang complaining tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2013 02:20 PM | Show all posts
kenalan kak timah orang iraq yang sedang belajar kat UPM tu cakap Siti tu makna dia sister..bergantung atas sebutan..boleh jadi CSWK dipanggil siti kerana arab2 tu semua hormat kepada cCSWK yang lebih tua dan pemerintah pula..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 10:53 AM | Show all posts


JIWA kepimpinan wanita Kelantan kelihatan terserlah dalam menerajui bidang perniagaan.

yg ni perbezaan agak ketara berbanding negeri2 lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.171092 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list