CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nik2121

Kes Jenayah Malaysian Di Oversea:Latest- Lagi M'sian Ditangkap Di Australia

[Copy link]
Post time 27-6-2008 08:56 PM | Show all posts

Jangan mudah terpedaya

Oleh SUHANA MD. YUSOP

Dadah bukan sahaja menghancurkan hidup 200 juta penagihnya di seluruh dunia, malah hampir memusnahkan masa depan segelintir wanita Malaysia yang terperangkap dengan sindiket dadah antarabangsa.



Biarpun semakin hampir 51 tahun Malaysia mengecap nikmat kemerdekaan, isu dadah masih melanda masyarakatnya. Justeru, usaha untuk memeranginya terus dituntut walaupun ia kini merupakan masalah global.

Menyedari hal itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyeru supaya semua ahli masyarakat bangkit menentang dadah dengan memastikan keluarga dan persekitaran mereka bebas daripada najis itu.

Syed Hamid sangat khuatir dengan penularan gejala ini kerana ia berupaya memusnahkan apa yang kita ada pada hari ini termasuk anak-anak, keluarga, jiran dan masyarakat.


DEMONSTRASI hukuman ke atas pengedar dadah yang ditunjukkan kepada orang ramai diharap dapat membangkitkan kesedaran terhadap keburukan dadah. - Gambar hiasan

Sejajar dengan itu, sambutan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) pada hari ini dianggap penting bagi mengingatkan masyarakat tentang bahaya masalah ini dan usaha yang dapat dilakukan.

Tema HADA peringkat antarabangsa tahun ini ialah Drug Control melalui slogan Do Drugs Control Your Life, Your Life, Your Community. No Place For Drugs.

Manakala slogan Hari Antidadah Antarabangsa yang akan disambut di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor pada Sabtu ini ialah Dadah Pemusnah... Musnahkan Dadah. Syed Hamid turut menegaskan bahawa masalah dadah begitu serius dan tidak boleh ditangani di peringkat dalaman sahaja.

"Ia perlu ditangani secara bilateral dan multilateral. Oleh itu, sambutan Hari Dadah Antarabangsa ini adalah satu terjemahan bahawa usaha untuk membanteras dadah mesti dilakukan di peringkat rantau dan antarabangsa," tegasnya.



Menyentuh isu penahanan rakyat Malaysia terutamanya wanita yang didakwa menyeludup dadah di luar negara, Syed Hamid berkata: "Kes ini tidak akan berakhir selagi ada rakyat kita yang mudah terpedaya dengan janji-janji manis mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Bagi yang ingin ke luar negara, periksa dengan teliti beg yang dibawa dan jangan mudah percaya kebaikan dan kemesraan orang yang baru dikenali."

Jelasnya lagi, pelbagai taktik digunakan penjenayah terbabit termasuk berkahwin dengan rakyat tempatan.

"Ada yang berkahwin dengan wanita di negara ini dan menggunakan saudara-mara termasuk wanita itu sendiri untuk mengedar dadah.

"Mereka ini licik dalam 'permainan' yang direka sehingga boleh menggunakan rakyat negara ini tanpa disedari mangsa. Seharusnya kita lebih berhati-hati," katanya.


WANITA mempunyai peranan tersendiri dalam memerangi dadah. - Gambar hiasan

Justeru itu, Syed Hamid melahirkan hasrat agar semua ahli masyarakat memerangi dadah secara kolektif dan semua pihak sama ada swasta, kelab-kelab belia atau individu, hadir menyambut HADA di Kota Tinggi nanti.

Peranan wanita perangi dadah

BAGI mencapai sasaran matlamat bebas dadah pada tahun 2015 ini, peranan wanita sangat penting dalam menggerakkan usaha mengatasi masalah dadah.



Sehubungan itu, peranan mereka perlu diperluaskan dalam semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dan rawatan pemulihan dadah di negara ini.

Dalam masalah penagihan dadah, peranan wanita boleh dikembangkan meliputi banyak aspek yang merangkumi bimbingan dan kaunseling, ekonomi, kerjaya, kerohanian, integrasi masyarakat, pendidikan dan pencegahan.

Seperti yang diketahui, penagihan dadah membawa bencana kepada diri sendiri, menjejaskan keharmonian keluarga, merosakkan nilai tradisional masyarakat dan mendedahkan negara kepada aktiviti pengedaran dan penjualan dadah secara berleluasa.

Penagihan dadah secara berleluasa dalam negara boleh menjejaskan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat dan mengancam keselamatan negara.

Ini kerana negara akan mengalami kerugian daya pengeluaran daripada sumber tenaga manusia yang besar jika terlibat dengan dadah.

Sehubungan itu, masalah penagihan dadah harus ditangani secara bersepadu dan melibatkan semua lapisan masyarakat terutamanya wanita.

Penglibatan golongan ini akan memberi kesan yang sangat signifikan dalam usaha membanteras masalah dadah terutamanya di peringkat pencegahan awalan.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah penagihan dadah berpunca daripada tekanan emosi akibat kegagalan institusi kekeluargaan seperti perceraian.

Ini menyebabkan anak-anak kurang perhatian, kasih sayang dan pendidikan termasuklah hal agama.

Di samping itu, pembesaran anak-anak yang tidak dipantau oleh ibu bapa menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan terlibat dengan masalah sosiol seperti merokok, minum arak, perhubungan tanpa batasan, merempit dan bohsia.

Gejala sosiol ini boleh dicegah di peringkat awal di mana wanita berperanan memberi tunjuk ajar, bimbingan dan pendidikan yang berterusan serta secara berhemah.

Berdasarkan statistik laporan penagihan dadah Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) bagi Januari hingga Mac tahun ini, menunjukkan golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun merupakan majoriti penagih dadah iaitu seramai 2,627 orang.

Rekod yang dikeluarkan oleh sistem NADI menunjukkan seramai 1,319 orang mengaku mengambil dadah disebabkan pengaruh kawan dan seramai 599 orang kerana mahu keseronokan.

Di samping itu, penagih dadah juga memerlukan ahli keluarga untuk pulih dan mengikuti program memulih secara berterusan.

Oleh itu, peranan ibu, isteri, anak perempuan, saudara mara dan masyarakat adalah perlu bagi menguatkan motivasi dan komitmen mereka.

Kredit to : Kosmo! 27 June, 2008


***sama-sama la kita bekerjasama dalam mengingati satu sama lain bahaya dadah dan tipu daya pengedarnya***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 09:49 PM | Show all posts
cian...pada org yg terpedaya tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 10:23 PM | Show all posts
terpedaya ke... pura2 terpedaya selepas tertangkap? kalau budak2 10 tahun ke bawah tu percaya gak aku kalau dia kata terpedaya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:36 AM | Show all posts
Pak Tam dipenjara seumur hidup


FAEIZAN

KUALA LUMPUR - Mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, Sheikh Faeizan Omar, 19, dikatakan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Taipei, Taiwan setelah beliau didapati bersalah membawa dadah pada perbicaraan 24 Jun lalu.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Suba- han Kamal berkata, perkara itu telah disahkan oleh Pengurus Besar Malaysian Friendship And Trade Centre (MFTC), Wan Azmi Wan Awang yang menghubungi beliau petang semalam.

Menurut Subahan, hukuman itu diputuskan setelah mahkamah mendapati Faeizan atau dikenali sebagai Pak Tam membawa dadah dalam jumlah yang terlalu berat selain mengambil kira ketegasan kerajaan Taiwan dalam memerangi penyeludupan dadah antarabangsa.

"Keputusan ini memang mendukacitakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Faeizan berasal dari Kampung Paya Embun, Pontian ditahan di Taipei sewaktu hendak berlepas pulang ke Malaysia setelah didapati membawa heroin seberat 2.141 gram.

Ekoran itu, kedua-dua ibu bapanya, Omar Yaini, 54, dan Hadiah Gonit, 48, berhasrat untuk melawat anak mereka dan usaha tersebut sedang giat dijalankan oleh Subahan bersama Wan Azmi yang kini berada di Taiwan.

"Saya akan berusaha untuk menemu- kan kedua ibu bapa Sheikh Faeizan pada Rabu depan (9 Julai) kerana menurut Wan Azmi, pihak penjara telah memberi lampu hijau untuk melawatnya," kata Subahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hukuman yang dijatuhkan tu tak seberat di Malaysia -
kalau dia kena tangkap di Malaysia bila bawa balik heroin tu
mandatory hanging - gantung sampai mati -
faiezan kena penjara seumur hidup atas kecuaian dia
seludup heroin - dan tu adalah menyalahi undang2 di Taiwan -
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:52 AM | Show all posts
haku bile bace kisah2 cemni
meremang bulu roma tau
bile bace secara waras, sure rase "apelahh mudah sgt terpedaya"
tp bile pk2 balik..probability ianya tidak berlaku kat kita kecil tp tidaklah kosong

dah le aku jenih org yg excited nak tulun org laen
ya Allah..lindungilah hamba mu ini
aku admit..skang aku dah takut2 nak kuar dari mana2 negara
sesungguhnye malang tidak berbau
dah le inspection kat mane2 airport kat europe ni ke atas asian woman agak ketat
sedikit rase cam penjenayah pon ade
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 08:46 AM | Show all posts
Lagi wanita Malaysia ditangkap

QUEENSLAND - Seorang wanita Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Australia kelmarin ketika cuba menyeludup heroin ketika tiba dengan menaiki satu penerbangan antarabangsa tidak dibenarkan diikat jamin, lapor sebuah akhbar semalam.


Keputusan itu dilakukan oleh seorang hakim semasa wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Carins.

beberapa pegawai kastam Lapangan Terbang Carins mendapati wanita itu cuba menyeludup hampir enam kilogram serbuk putih dikenali sebagai heroin setelah dua bagasinya diimbas menerusi mesin sinar-X.

Pengurus Operasi Lapangan Terbang Cairns, Renee Hutchinson percaya wanita itu akan dipenjarakan seumur hidup jika dia didapati bersalah.

Hutchinson berkata, wanita itu akan hadir di mahkamah sekali lagi pada minggu depan.

"Semalam (kelmarin) kami memberkas seorang wanita Malaysia berumur 39 tahun yang tiba di Cairns dari Hong Kong.

"Bagasi miliknya diperiksa dan beberapa pegawai kemudian mendapati bahan itu adalah narkotik yang cuba diseludup," katanya.

Menurut Hutchinson, pegawai-pegawai itu kemudian memeriksa lanjut bagasi tersebut dan daripada pemeriksaan awal mendapati serbuk putih itu adalah heroin. - Agensi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

god knows kenapa perempuan ni ingat dia boleh passes thru custom kat australia ni
dan tak fikir tentang repercussion yang akan dia hadapi bila kena tangkap -
just plain stupid and ignorance not to mention the severe crime and punishment -
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188601 Replies : 4293
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 8992 Replies : 177
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29384 Replies : 211
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3662 Replies : 20
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90417 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248
"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susah sekarang"-Wanita berang DBKL Minta Selesaikan Bil Sewa RM124 Tertunggak Selama 8 Bulan
YgBenar"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susa
Views : 2564 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.078567 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list