|
[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 20-6-2022 06:05 PM
1) Tidak puas apa yang ada pula bak ada biduk, serempu pulak.
2) Baru kena pasangannya bak ada laut, ada perampok.
3) Barulah lengkap umpama ada ulam hendaklah ada sambalnya.
4) Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan seumpama ada diisi, janji dilabuh.
5) Bersabarlah bak adat tuan, menahan ragam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) ada biduk, serempu pulak
Haji Zahid seorang yang tamak, semua tanah kosong dalam kampung hendak dibelinya bagaikan ada biduk, serempu pula.
2) ada laut, ada perampok
Kesempurnaan dan keserasian setiap pasangan adalah anugerah dari Pencipta bagaikan ada laut, ada perampok.
3) ada ulam hendaklah ada sambalnya
Setiap sesuatu itu ada pasangannya bagaikan ada ulam hendaklah ada sambalnya.
4) ada diisi, janji dilabuh
Setiap anak muda mestilah mengenali dan mengamalkan adat resam budaya bangsa mereka kerana adat diisi, janji dilabuh.
5) adat tuan, menahan ragam
Pak Samad tidak suka melihat perangai cucu-cucunya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana adat tuan, menahan ragam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Pak Abu tidak puas dan tak pernah rasa cukup dengan harta kemewahan yang dimilikinya seperti ada biduk, serempu pulak
2) Setiap makhluk yang diciptakan Allah pasti berpasang-pasangan bagaikan ada laut, ada perampok.
3) Siti dan Zamri ibarat ada ulam hendaklah ada sambalnya, mereka sentiasa bersama dari zaman bujang hinggalah berkahwin.
4) Johar mengikut sahaja pekerjaan orang lama-lama jika ianya masih digunapakai dan memudahkan kerjanya seperti ada diisi, janji dilabuh.
5) Tok Jati terpaksa menahan sabar dengan kerenah cucu-cucu lelakinya yang macam-macam perangai ibarat adat tua, menahan ragam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Ada biduk, serempu pulak
Apabila sudah kaya-raya janganlah bersikap seperti ada biduk, serempu pulak.
2) ada laut, ada perampok
Setiap benda atau perkara mesti ada pasangannya bagaikan perumpaan ada laut, ada perampok.
3) Ada ulam hendaklah ada sambalnya
Manusia diciptakan berpasang-pasangan ibarat ada ulam hendaklah ada sambalnya.
4) Ada diisi, janji dilabuh
Pak Aris masih meneruskan legasi keluarganya dalam pembuatan keris dan mengamalkan cara pembuatan tradisional bak kata pepatah adat diisi, janji dilabuh.
5) Adat tuan, menahan ragam
Ibubapa pada zaman ini selalu bersabar melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam ibarat adat tuan, menahan ragam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) ada biduk, serempu pulak
Si Biah ini memang tak bersyukur bak ada biduk, serempu pulak.
2) ada laut, ada perampok
Si Leha masih belum berkahwin walau sudah mencecah 50 an, tapi insyaAllah ada laut, ada perampok,
3) ada ulam hendaklah ada sambalnya
Sesiapa yang belum berpunya, ingatlah pepatah ada ulam hendaklah ada sambalnya.
4) ada diisi, janji dilabuh
Jika sudah berjani dan bersetuju dengan pertunangan itu maka ada diisi, janji dilabuh.
5) adat tuan, menahan ragam
Bila musim cuti sekolah, ramai anak cucu berkumpul maka datuk dan nenek terpaksalah bersikap adat tua menahan ragam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
holaaaa
keyword hari ni
1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
3) seperti harimau menyorokkan kuku
4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
** 1 keyword 1 ayat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 23-6-2022 04:03 PM
1) Beringatlah umpama biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.
2) Sebaiknya biar orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air.
3) Bagus orang alim itu seperti harimau menyorokkan kuku.
4) Kasihan Mazni yang dibiar ibunya sibuk berjual bak anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.
5) Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat supaya tiada gaduh di masa hadapan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Selepas mendapat kesedaran Aziz cuba memujuk kawan-kawannya meninggalkan aktiviti tidak sihat supaya kawan-kawannya tidak menjadi seperti biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.
2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
Kamal berasa lega diterima bekerja bagaikan orang lapar diberi nasi, orang haus diberi air.
3) seperti harimau menyorokkan kuku
Zailan seperti harimau menyorokkan kuku padahal dia seorang pemain bola yang hebat.
4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
Puan Maria lebih mengutamakan keperluan anak angkatnya dari anaknya sendiri bagaikan anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran.
5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Ibu selalu menasihati adik agar berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bagi setiap tindak tanduk yang dilakukannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semua muslim mendambakan husnol khotimah biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Usaha sungguh-sungguh membuahkan hasil seperti orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
Zaman sekarang tidak ramai seperti harimau menyorokkan kuku
Bila terlalu sibuk menjaga tepi kain orang jadilah anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
Sebelum membuat keputusan perlulah berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) Kita hendaklah selalu membuat kebaikan dan jangan pernah sekali melakukan kejahatan di mana sahaja berada bagaikan biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.
2) Aminah berkerja keras demi membeli rumah idamannya seperti orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air.
3) Tok Aki adakalanya bersikap seperti harimau menyorokkan kuku, kerana tidak mahu berbangga dengan ilmu yang dia ada dan baginya ilmu Allah itu masih luas untuk dipelajari.
4) Mak Jemah suka mengambil tahu perihal rumah tangga orang lain sedangkan rumah tangganya sendiri tidak dipeduli, bagaikan anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran.
5) Amran sangat teliti dalam membuat keputusan seperti berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bagi elakkan perkara-perkara yang tidak diingini di kemudian hari. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Pak Kahar sangat dihormati di kampungnya kerana hidup bak pepatah biar mati seperti kutu, jangan mati seperti yuma.
2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
Kak Dora sangat gembira mendapat gelang tangan emas bak orang lapar diberi nasi, orang haus diberi air.
3) seperti harimau menyorokkan kuku
Seluruh kampung tidak mengetahui tentang kepintaran Daud kera beliau seperti harimau menyorokkan kuku.
4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
Dilla sangat terasa hati dengan keluarganya kerana mereka bersikap seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dirumah kelaparan.
5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Supaya tidak menyesal di kemudian hari, kita sepatutnya berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|