CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10622|Reply: 6

[Politik] Syed Saddiq tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

  [Copy link]
Post time 10-9-2023 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 10-9-2023 09:33 PM


Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Syed Saddiq yang juga Presiden MUDA, berkata beliau sudah memaklumkan pendirian diambilnya itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul, melalui surat rasmi memohon pertimbangan berbuat demikian di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Beliau berkata, antara sebab utama tindakan itu adalah kerana langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhir-akhir dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

"MUDA berpegang teguh kepada prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan beberapa keputusan yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini bertentangan dengan prinsip dan nilai tersebut.


"Isu integriti dan budaya rasuah turut menjadi faktor mengapa MUDA mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan," katanya dalam kenyataan video yang dikongsi menerusi media sosial, petang ini.

Syed Saddiq berkata, keputusan Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan ketika prosiding berada di peringkat bela diri, tanpa penjelasan meyakinkan, menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

Susulan keputusan Peguam Negara itu, beliau berkata, MUDA percaya institusi perundangan negara ini telah dicemari dan Kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah.

"Janji-janji reformasi yang dijanjikan sebelum pilihan raya telah banyak diabaikan dengan memberi alasan kerajaan ini kerajaan baru," katanya.

Syed Saddiq memberi jaminan, walaupun berada dalam blok pembangkang, beliau komited menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi dua pertiga dalam Dewan Rakyat seperti agenda reformasi institusi.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Syed Saddiq mendakwa, pernah ditawarkan jawatan menteri ketika Langkah Sheraton berlaku.

"Saya ditawarkan jawatan menteri, pengerusi GLC (namun) saya tolak. Diugut. Saya lawan. Saya lawan kerana mahu membina Malaysia yang bermaruah dan berintegriti," katanya.

"Siapa sangka hari ini, ada kerajaan yang diperbaharui yang menggugurkan pertuduhan rasuah demi kekal berkuasa,

"Saya tidak akan berhenti, tidak akan sekali-kali membenarkan Malaysia menormalisasikan rasuah. Saya seorang rakyat Malaysia yang berbangga dan ingin melihat negara bertuah ini menjadi negara maju," tegasnya.

Minggu lalu, Syed Saddiq menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak menilai kedudukannya semula sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan terhadap perkembangan kes membabitkan Zahid yang juga Presiden UMNO tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Beliau berkata, MUDA menganggap keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah suatu perlanggaran terbesar terhadap garisan merah institusi kehakiman negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan MUDA di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, adalah dicapai hasil sokongan daripada pengundi PH.

"Saya kena ingatkan Syed Saddiq, di Parlimen Muar, dia menang sebab mereka ada persefahaman dengan PH. Kita tak letak calon di sana. DAP sokong dan kempen kepada mereka. Bukan kemenangan peribadi Syed Saddiq di Muar.

"Jadi, jangan lupa kemenangan dia di Muar atas persefahaman politik dengan PH. Kita beri enam kerusi kepada MUDA, tanpa ada pertandingan. Dia menang ketika itu atas blok PH walaupun dia tak bertanding atas logo PH," katanya ketika mengulas mengenai pendirian keras diambil Syed Saddiq dalam isu berkenaan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1151068/syed-saddiq-tarik-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anthony Loke, mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan MUDA di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, adalah dicapai hasil sokongan daripada pengundi PH...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 10-9-2023 10:09 PM
Anthony Loke, mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan MUDA di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Um ...

Masa tu kempennya ttg kleptokrasi. Sekarang julang wak kaki klepet....haha.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam 1 kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertelur 1 kerusi, riuh sekampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-9-2023 09:45 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman a ...

Tik tik tik,
Ja ja ja,
Sudah2 lah berpolitik,
Mari lah kite berkerja.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.067719 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list