CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3404|Reply: 12

[Politik] Respon terbuka Isham Jalil pada Zahid Hamidi

  [Copy link]
Post time 13-9-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
YAB Dato’ Sri Zahid, Presiden UMNO,

Tengahari tadi saya dimaklumkan bahawa Dato’ Sri telah membuat suatu kenyataan terbuka berkenaan saya apabila ditanya wartawan. Oleh itu, saya terpanggil untuk respon kenyataan tersebut juga secara terbuka. Sebelum ini juga Dato’ Sri pernah mengkritik saya secara separa terbuka di hadapan tiga ribu perwakilan UMNO dalam Dewan Merdeka, walaupun saya tidak pernah pun mengkritik Dato’ Sri secara peribadi dan terbuka di mana-mana saluran. Adalah tidak adil jika pemimpin boleh mengkritik ahli secara terbuka tetapi ahli tidak boleh.

Orang-orang Dato’ Sri selalu mengingatkan saya untuk ikut saluran apabila memberikan pandangan. Namun mereka sendiri tidak ikut saluran apabila mengkritik sesama ahli dan pemimpin UMNO. Ini double standard lebih-lebih lagi apabila respon mereka itu bersifat cacian dan makian peribadi kepada pandangan yang bersifat fakta yang mereka lihat tidak menyokong kepimpinan.

Pada pandangan saya, apabila kita main api dalam kelambu dan akibatnya rumah kita terbakar, kita tidak boleh lagi terus berbincang dalam kelambu sambil melihat rumah kita jadi abu. Dalam Perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan yang menyatakan tidak boleh menyatakan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan secara terbuka. Jika kepimpinan boleh mengkritik ahli secara terbuka, tidak masuk akal jika ahli tidak boleh. UMNO bukanlah parti komunis. Tambahan lagi jika pandangan tersebut adalah bersifat kegusaran tentang halatuju parti, dan ia bukan rahsia parti dan bukan strategi sulit, dan apabila kita telah kalah teruk beberapa kali dalam pilihanraya.

Saya telah beberapa kali mengutarakan pandangan saya dalam whatsapp group Majlis Tertinggi dan juga terus kepada Dato’ Sri sendiri. Namun pandangan ini tidak diendah. Saya tidak paksa sesiapa terima pandangan saya, namun saya gusar jika kita kekal tidak berubah, parti kita akan rebah. Dan pada mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum ini iaitu sebelum pilihanraya enam negeri, saya telah mengangkat tangan banyak kali untuk melontar pandangan tetapi tidak dibenar bercakap. Apabila orang lain semua telah habis memberikan pandangan dan tiba giliran saya untuk bersuara, Dato’ Sri telah menamatkan mesyuarat dan tidak memberi peluang untuk saya bercakap dengan alasan hari sudah lewat malam padahal waktu baru pukul 11PM. Beberapa hari ini orang-orang Dato’ Sri memberikan amaran kepada saya supaya meletak jawatan dan menyuruh saya diam. Apa guna saya datang mesyuarat jika tidak dibenar bercakap, disuruh diam dan hanya menadah muka dan telinga. Tadi apabila ditanya oleh wartawan sama ada Dato’ Sri akan memecat saya atau tidak, Dato’ Sri tidak memberikan jawapan. Oleh itu malam ini terpulang kepada Dato’ Sri dan Majlis Tertinggi untuk berbincang dan ambil apa-apa tindakan ke atas saya. Saya serah dan tunggu sahaja apa-apa keputusan.

……..

Dato’ Sri kata saya tidak boleh paksa orang lain untuk menerima pandangan saya. Sebenarnya saya lihat rata-rata akar umbi kita yang rasa dipaksa oleh kepimpinan parti dan Dato’ Sri untuk mengundi PH dan bekerjasama dengan DAP. Mereka menolak paksaan ini. Sebab itu, dalam pilihanraya baru-baru ini rata-rata akar umbi kita telah protes dengan tidak keluar mengundi atau mereka telah kalih dan mengundi PN. Dalam keadaan ini, PH dan DAP yang mendapat untung kerana mereka mendapat jentera kita dan telah berjaya menjinakkan kita. PN juga mendapat untung kerana mendapat undi orang-orang Melayu dan akar umbi kita yang tidak mahu dipaksa untuk mengundi atau bekerjasama dengan PH dan DAP. Oleh itu dalam situasi sekarang PH dan PN yang untung dan kita yang rugi.

Ramai akar umbi kita telah maklumkan kepada saya bahawa mereka sayangkan UMNO tetapi mereka tidak setuju dan tidak sanggup melihat parti keramat ini lari dari perjuangan asal. Bagi mereka, bekerjasama dan memaksa mereka mengundi PH dan DAP samalah seperti memaksa mereka menerima Malaysian Malaysia iaitu perjuangan DAP untuk “kesamarataan” yakni menghapuskan hak-hak orang Melayu. Ini bertentangan dengan perjuangan asas UMNO iaitu mempertahankan hak orang-orang Melayu. Resolusi DAP tidak bermakna sekiranya mereka masih secara terbuka mahu memperjuangkan Malaysian Malaysia dan menghapuskan hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai
pemimpin kita tidak boleh membawa orang yang kita pimpin ke arah kemudaratan.

Sebab itu saya mencadangkan agar kita membuat referendum terhadap isu ini. Sebab kini ada perbezaan yang luas atau ‘disconnect’ di antara keputusan kepimpinan parti yang dipaksa ke atas akar umbi dengan kepercayaan akar umbi itu sendiri. Dan ‘disconnect’ inilah yang telah membuat kita kehilangan rata-rata akar umbi kita dalam pilihanraya-pilihanraya baru-baru ini. Disconnect berkenaan isu asas ini tidak boleh diselesaikan dengan propaganda atau penerangan semata-mata. Memaksa akar umbi kita untuk menerima DAP dan Malaysian Malaysia samalah seolah seperti jika kita memaksa akar umbi kita menerima mubaligh Kristian menggunakan kalimah Allah. Ini bukanlah sesuatu yang remeh tetapi berkaitan isu asas perjuangan parti yang harus dibincang dan dipersetujui oleh semua akar umbi dan bukan hanya boleh diputuskan oleh beberapa orang di Majlis Tertinggi seperti urusan-urusan parti biasa yang lain.

Jika keadaan ini berterusan dan kita terus hilang saki baki akar umbi kita, kita akan kalah di semua kerusi-kerusi sedia ada kita pada pilihanraya-pilihanraya akan datang. Dan jika kita menang pun di beberapa kerat kerusi, kita akan menang bukan di kawasan-kawasan Melayu dan oleh undi orang Melayu dan akar umbi kita, tetapi di kawasan-kawasan ehsan PH kerana undi DAP. Dengan ini nanti wakil-wakil rakyat kita akan bergantung kepada DAP. Apabila ini berlaku kita tidak akan boleh memperjuangkan hak-hak orang Melayu lagi. Di saat ini menjadi kenyataan, perjuangan UMNO untuk orang-orang Melayu di Malaysia akan terkubur dan kita akan menjadi hanya parti tempelan dalam PH tanpa penyokong dan tanpa akar umbi.

YAB Dato’ Sri, kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku. Usah korbankan maruah UMNO, akar umbi dan orang-orang Melayu. Ingatlah perjuangan pejuang-pejuang UMNO dahulu semasa mereka menentang Malayan Union, menentang komunis, menentang Malaysian Malaysia dan semasa mereka gagah berani dan tegar mempertahankan hak-hak orang-orang Melayu di negara ini. Dalam hal ini kita tidak boleh menjadi lemah dan bertolak ansur. Jika kita bertolak ansur dalam hal, kita akan beransur-ansur ditolak di bumi Malaysia dan di Tanah Melayu ini. Dato’ Sri boleh pecat saya dan rakan-rakan saya dari jawatan dan keahlian jika itu keputusan dan kemahuan Dato’ Sri. Tetapi Dato’ Sri tidak boleh pecat semangat dan roh perjuangan saya dan akar umbi.

Salam.
ISHAM JALIL
12 September 2023

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sngt bangga kalau dipecat kerana berkata begini!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika kita bertolak ansur dalam hal, kita akan beransur-ansur ditolak di bumi Malaysia dan di Tanah Melayu ini.

Iols suka ayat dia ni. Beza seorang bijak pandai lulusan Harvard ngan orang biasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 13-9-2023 06:55 PM
Aku sngt bangga kalau dipecat kerana berkata begini!!!

Isham tu ckp pernah ditawarkan jawatan di GLC tp dia menolak. Lg bertambah respect orang begini
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak pun dh ikut ckp cikgu dia......org lain buat suma salah (blh jd jenayah), dia buat x pe (dh salah pun cegu blh tlg setelkan .......
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 13-9-2023 07:37 PM

Terbaik lah Isham
Berani kerana benar dan bukan jenis 'Yes Man'
Jangan jadi kaki jilat macam Mat Maslan, Puad Zarkashi dan Mat Hassan
Dedah kan lagi segala kepincangan yang ada dalam UMNO di bawah kepimpinan si Wak Jahit

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
No wonder la komen @shamsadis banyak hantam wak jahit sejak 2 menjak nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 13-9-2023 07:12 PM
Isham tu ckp pernah ditawarkan jawatan di GLC tp dia menolak. Lg bertambah respect orang begini

umno-bn sedang usahakan proses pengampunan dan pembebasan najib dari dalam dan luar kerajaan..

rci berkaitan buku tommy thomas tu adalah sbhgn drpd usaha dari dalam kerajaan.. hasil rci akan dijadikan justifikasi yg najib sudah cukup dihukum penjara atau juga mungkin najib terus dibebaskan atas alasan kecacatan pada penghakiman

manakala isham jalil yg sekarang ni seolah2 bagi tekanan kepada kerajaan adalah sbhgn drpd usaha dari luar kerajaan

betul ka ni acik mojarean_x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
off topic.. cuma nak cakap sikit apa yg kelakar pasal kedudukan majib relatif kepada kedudukan parti2 politik kerajaan dan pembangkang

umno dan bn memperjuangkan hak najib utk dibebaskan... yg pelik dan kelakarnya adalah umno-bn merupakan sebahagian drpd kerajaan persekutuan yg turut dianggotai atau mungkin juga boleh dikatakan diketuai oleh ph yg merupakan pakatan politik yg berusaha bersungguh2 menjatuhkan najib dan memainkan peranan penting dalam usaha memenjarakan najib

pas merupakan parti politik yg masih setia menyokong najib walaupun setelah najib hilang jawatan pm setelah umno-bn kalah pru 14 pada tahun 2018.. yg pelik dan kelakarnya adalah pas merupakan sebahagian drpd pn yg turut dianggotai oleh bersatu yg merupakan musuh kuat umno-bn kerana bersatu merupakan sbhgn drpd ph yg menumbangkan umno-bn pada pru 14 tu dan memainkan peranan penting yg menyebabkan najib dipenjarakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 08:31 AM | Show all posts
kemaruk replied at 13-9-2023 09:22 PM
No wonder la komen @shamsadis banyak hantam wak jahit sejak 2 menjak nih

mana2 yang bertentangan dengan keperluan dan kehendak rakyat marhaein akan ditentang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:13 AM | Show all posts
kemaruk replied at 13-9-2023 09:22 PM
No wonder la komen @shamsadis banyak hantam wak jahit sejak 2 menjak nih

shamsadis = isham jalil?


xkan la lulusan harvard pun berporem
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-9-2023 11:13 AM
shamsadis = isham jalil?



acik2 porem juga ghopenye

nama sadis menunjukkan sifat ka.. sadis = suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental utk mendapat keseronokan atau kepuasan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 08:33 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 14-9-2023 11:26 PM
acik2 porem juga ghopenye

nama sadis menunjukkan sifat ka.. sadis = suka atau bersifat menyaki ...

sadis dlm konteks dia could be just a figure of speech



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.160313 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list