CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4373|Reply: 16

[Jenayah] Rakyat Malaysia mudah 'dipancing' scammer ?

[Copy link]
Post time 29-12-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia mudah 'dipancing' scammer ?


Kuala Lumpur: Pelbagai pendekatan dan peringatan dilaksanakan, baik oleh pihak berkuasa ataupun institusi perbankan, namun jenayah penipuan kewangan dalam talian di negara ini masih menunjukkan trend peningkatan.

Mangsa pula daripada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan berjaya.

Semuanya tidak terlepas daripada diperdaya, sama ada dikatakan terbabit dalam kegiatan haram ataupun digoda dengan pelaburan yang kononnya membawa pulangan lumayan.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, kes jenayah penipuan kewangan meningkat sebanyak 37 peratus kepada 32,366 kes dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 23,608 kes.

Polis percaya angka sebenar mangsa dan jumlah kerugian adalah lebih besar kerana ramai yang didapati tidak tampil melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa atas pelbagai faktor, termasuk berasa malu kerana melibatkan status sosial dan kerjaya mereka.

Hal ini disokong oleh kaji selidik firma penyelidikan pasaran Ipsos Malaysia pada 19 Disember lalu yang mendedahkan tidak sampai 50 peratus mangsa penipuan di negara ini mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa, dengan sebahagian kecil pula memilih berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan.

Hakikatnya, jenayah itu bukan sahaja memberikan impak kepada mangsa tetapi turut meninggalkan kesan ke atas negara, yang menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, jenayah itu secara terancang boleh menyebabkan negara mengalami kerugian kewangan.

Mengambil kira situasi semasa, pakar berpandangan akta yang berkaitan perlu dipinda, khususnya dari segi hukuman kerana kata mereka, setakat ini belum ada usaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Pada masa sama, mereka juga menggesa usaha meningkatkan kesedaran masyarakat diperhebat.

Menurut Ts Syahrul Nizam Junaini yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sarawak, kebanyakan pengguna siber kurang pengetahuan dalam mengenal pasti laman sesawang yang sahih dan palsu, sekali gus merisikokan mereka kepada penipuan.

"Satu kajian sebelum ini mendapati 78.5 peratus daripada penduduk Malaysia adalah pengguna aktif media sosial.

Peningkatan akses kepada media sosial membuatkan lebih banyak traksaksi kewangan dilakukan secara dalam talian.

"Situasi ini membuka peluang lebih tinggi kepada penjenayah untuk memerangkap pengguna laman sesawang dan aplikasi perbankan dalam talian selain e-dompet dan platform e-dagang, khususnya tanpa langkah keselamatan oleh pengguna,'' katanya.

Jelas Syahrul Nizam, ancaman jenayah siber tidak akan dapat ditangkis jika infrastruktur keselamatan siber tidak cukup kuat, yang membuka ruang kepada penipu untuk mengeksploitasi kelompongan yang ada pada struktur itu.

"Kita akui jenayah ini mula tertumpu pada aplikasi WhatsApp, Telegram dan khidmat pesanan ringkas kerana aplikasi terbabit digunakan hampir di seluruh dunia dan jutaan orang di Malaysia aktif menggunakannya.

"Penipu juga menggunakan aplikasi yang sama, jadi sukar untuk kita kesan sebab penipu juga mendaftar nombor telefon meskipun menggunakan akaun WhatsApp atau Telegram palsu," katanya.

Menurut beliau, setiap hari masyarakat menerima 99 peratus maklumat sahih melalui WhatsApp, namun apabila satu peratus maklumat palsu berunsur penipuan itu muncul, ramai yang cenderung mempercayainya dan kemudian berkongsi maklumat palsu itu dengan rakan lain.

Ipsos Malaysia dalam tinjauannya, turut mendapati tiga perempat daripada penduduk Malaysia menjadi sasaran penipuan dan peningkatan dalam suku tahun terakhir menyerlahkan kelemahan itu apabila 76 peratus daripada 1,000 responden yang terlibat dalam kaji selidik itu menyatakan pernah terjerat.

Menurut Ipsos Malaysia lagi, sebanyak 51 peratus responden melaporkan mereka berdepan penipuan tiga bulan lalu, 26 peratus berdepan penipuan sebulan yang lalu dan 14 peratus berdepan penipuan seminggu lalu.

Justeru, Syahrul Nizam menyeru ahli masyarakat yang menjadi mangsa penipuan kewangan agar tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata berdepan dengan stigma, malu dan sukar untuk mempercayai diri ditipu adalah batu penghalang bagi mangsa untuk membuat laporan.

Dalam perinciannya, Ipsos Malaysia menyatakan hanya 48 peratus daripada 657 responden yang menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian kewangan atau hampir menjadi mangsa penipuan tetapi menyedarinya sebelum sebarang kerugian kewangan berlaku, melaporkan insiden kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun 12 peratus tidak mengambil sebarang tindakan.

"Selain itu, mangsa mungkin tidak tahu prosedur membuat laporan dan kurangnya kesedaran tentang aspek itu membuatkan mangsa teragak-agak atau berasa prosedurnya rumit sehingga akhirnya langsung tidak membuat laporan.

"Jangan berdiam diri, mangsa hanya perlu pergi ke agensi berkaitan di kawasan masing-masing termasuk balai polis dan juga bank mereka. Jika tidak ada laporan, bagaimana pihak berkuasa mahu membuat siasatan,?" soal beliau.

Katanya, setiap laporan yang diterima akan diselaraskan dengan pihak berkuasa lain termasuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu pensyarah kanan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia Dr Azuan Ahmad, berkata, kepelbagaian aplikasi yang dibangunkan seiring kecanggihan teknologi digital turut membuka peluang kepada penipu dalam talian menjerat mangsa.

Kewujudan pelbagai aplikasi yang senang dimuat turun ini sebenarnya berpotensi menjadi pintu gerbang kepada penjenayah untuk mengakses maklumat peribadi termasuk kewangan mangsa, ujarnya.

"Apabila lebih terdedah kepada dunia siber, secara tidak langsung lebih banyak data peribadi kita berada di alam siber, dan sekiranya keselamatan data itu tidak dititikberatkan, hal ini akan mendedahkan pengguna kepada risiko kecurian dan kebocoran data.

"Ini membolehkan scammer kewangan mengakses maklumat mangsa dengan menjadikannya modal untuk memancing kepercayaan mangsa sehingga akhirnya mereka terjerat," tambah beliau.

Selain itu, Azuan berkata sejak belakangan ini, kumpulan penipu ini turut memanfaatkan aplikasi mudah alih sebagai modus operandi mereka, termasuk menyamar sebagai agensi pihak berkuasa seperti polis.

"Contohnya, hanya dengan mengetahui nama penuh mangsa, penjenayah dapat mengesan maklumat peribadi lain seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor pendaftaran kereta, dan adanya maklumat tambahan ini membuatkan mangsa lebih mudah terpedaya sebab yakin mereka adalah daripada pihak boleh dipercayai.

"Terdapat juga scammer membangunkan pelbagai aplikasi palsu yang apabila dimuat turun atau diklik oleh pengguna, membolehkan penipu mengakses aplikasi perbankan mangsa. Ada juga yang menggunakan logo bank seakan bank sebenar bagi meyakinkan mangsa mereka adalah institusi sah," katanya.

Mengulas lanjut, Azuan berkata sikap manusia yang mudah dieksploitasi, cepat panik dan kurang pengetahuan tentang dunia digital dan siber, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes penipuan kewangan dalam talian di negara ini.

Penjenayah juga bijak dalam memanipulasi psikologi mangsa sehingga si mangsa percaya sepenuhnya apa juga yang dinyatakan oleh penipu, katanya.

"Mangsa yang mudah panik dan percaya akan mendedahkan butiran kewangan mereka termasuk maklumat perbankan kepada scammer yang akhirnya menjerat diri mereka," kata beliau, menambah, disebabkan oleh kurang kecaknaan akan ancaman siber ini, masyarakat akan terus terdedah kepada jenayah itu.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pihak berkepentingan meningkatkan kempen kesedaran selain sentiasa menyebar luas modus operandi terkini penipu dalam talian berkenaan.

Beliau juga mengesyorkan pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi yang dapat menyaring pemanggil seperti Whoscall dan Truecaller, bagi melindungi diri mereka daripada jerat sindiket penipuan.

Beliau juga melihat NSRC yang diwujudkan pada tahun lepas sebagai platform terbaik dalam mengekang serta menangani kes penipuan siber dengan lebih menyeluruh dan bersepadu.

Katanya ini kerana pusat itu menghubungkan sumber dan kepakaran jenayah termasuk Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), polis, SKMM, institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi negara.

"Selain menyebarkan kesedaran berkaitan jenayah ini kepada masyarakat, NSRC menerusi agensi terlibat, giat melakukan pengesanan keldai akaun yang digunakan sebagai medium transaksi wang oleh penjenayah penipuan.

"Sebagai pusat respons setempat berkaitan jenayah scam, NSRC juga diakui bertindak pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian termasuk mengesan dana yang dicuri dengan lebih cepat, sekali gus dapat mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah terbabit," katanya.

Sejak ditubuhkan pada Oktober 2022 hingga 30 Nov 2023, NSRC merekodkan kes dengan jumlah kerugian RM173 juta, dan daripada jumlah itu, wang yang berjaya disekat daripada jatuh ke tangan penjenayah ialah sebanyak RM33 juta.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-dipancing-scammer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita mmg bodoh senang kagum dan kena  kencing dengan scammer, ahli politik, socialite, ular mak, setat, lobai & retis
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:36 AM | Show all posts
yg bijak pandai terkena tu diorg x bijak dlm kewangan sbb tu la mudah je,
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:47 AM | Show all posts
masa mula2 kej edulu umo dalam 20an gitu masih bodo blur2 tapi time tu aku dah byk kali kena approach org jual insuran/saham tak berjaya org tu smpi dia ckp kalau ada 10 org mcm kau mmng tkle carik makan aku
aku pernah jgak kena tipu online tu pon dpt balik duit. hrp takdela lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:55 AM | Show all posts
Malaysia adalah lubuk scammer...




Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:56 AM | Show all posts
kalau tak, takkan la hidup segala mala mlm, forex scam pe sumer tu.. siap dulu ada swisscash la apa la..someone i know pernah sound gua, 'tak percaya sudah la, takyah masuk'..kecik ati tau kena marah gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank2 mmg jahat bg info kpd scammer, call datang hari2 mesin suara,
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kwn iols baru kena scam.. Hilang duit gaji dlm bank, yg tinggal balance rm50 jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 03:07 PM | Show all posts
Edited by talapia at 29-12-2023 03:11 PM

hmm.. nak kata bodo.. yg kena ramai educated eh
mungkin sebab kita bagi peluang dia bercakap.
once dia bercakap.. kita akan terpedaya.. tertipu

so nk selamat.. nombor x kenal.. xyah angkat.
or kalau angkat pon.. dengar intro semacam je.. letak fon.

kalau betul benda tu penting.. pihak terbabit akan maklum dengan cara lain..

contoh scammer sekarang.. konon dr tabung haji la.. dari LHDN.. kastam.. pos laju..
kalau ye ada benda penting.. esok2 pandai la sampai surat daftar ke apa pulak..
or dalam email.
dia takkan call tiba2 kata ada bungkusan sangkut kat kastam..
lantakkan aje
kalau betul.. dia akan call balik and explain

aku pernah beberapa kali tetiba je di add masuk grup wasap dari entah sape2...
aku terus exit group.
ada sekali tu.. nombor tak dikenali add aku masuk grup.. nama grup pon mcm shortform entah apa2..
aku terus exit..
tup2 nombor tu wasap aku.. rupanya cikgu sekolah anak aku.. masukkan nombor parents untuk grup netball.. x perasan ada word netball dalam nama grup.

point nya.. kalau penting.. dia akan reach back. samada call balik ke.. wasap ke.. surat or email.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 04:22 PM | Show all posts
tgk MLM sudah..dlu berbillion duit hangus
silih berganti dtg MLM..tetap percaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 04:48 PM | Show all posts
johan-adx replied at 29-12-2023 04:22 PM
tgk MLM sudah..dlu berbillion duit hangus
silih berganti dtg MLM..tetap percaya

semua MLM menipu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 04:49 PM | Show all posts
selagi rasa tamak tak cukup apa yang ada, memang akan senang kena scam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:01 PM | Show all posts
Aku xprnh angkat scammers yg call, xksh la direct line or no hp, kalau btul pntg dia akn whatsapp...kalau xde ape2 confirm scammers
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah chitchat dgn nigerian love scammer
Kononnya dia otw fly dari uk ke kl
Pastu sangkut kat kastam klia
Idok ler aku nak tolong
Terus kena block
Tapi ada jugak kenalan terkena love scam ni parcel scam
Katanya mcm kena pukau
I donno la camana boleh terpikir nak transfer duit kat org
So nasib i tak kaya haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:16 AM | Show all posts

brp percent yg tak menipu?mcmana dia build money melainkan trap duit org2 bwh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya skrg mkn ramai org bodoh kat msia ni..mkn ada internet mkn bodoh bkn mkn cerdik so jgn selalu main internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Moralnya kat sini. Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Biasanya orang kena tipu ni akan mulakan ayat dengan apa tau. Ingatkan… tak sangka pulak jadi gini… next sila sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075065 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list