CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12273|Reply: 1

[Jenayah] Kemalangan: Kanak-kanak maut, pemandu lori ditahan positif dadah

[Copy link]
Post time 10-1-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

LANGKAWI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala bapa saudaranya parah setelah motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Chandek Kura, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.16 petang itu, Muhammad Wassim Dayyan Amyrul Amry disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi.

Bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 25 tahun menerima rawatan di zon merah hospital sama akibat kecederaan di kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 51 tahun dari arah Jalan Batu Belah Batu Bertangkup hendak keluar simpang ke Jalan Chandek Kura.

“Kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15Z dalam perjalanan dari Kuah ke arah Jalan Chandek Kura dipercayai telah melanggar belakang sebelah kanan lori terbabit lalu menyebabkan mereka terperosok di bawah lori itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Shariman berkata, polis telah menahan pemandu lori dan hasil ujian air kencing mendapati pemandu itu positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

Pemandu lori itu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 05:02 PM | Show all posts
majoriti pemandu bas dan lori di malaysia ambil dadah, JPJ kena kerap buat roadblock
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052800 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list