CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8192|Reply: 0

[Dunia] [VIDEO] Netizen Terharu Tengok Budak Lelaki Bantu Ibu Azankan Adik & Tanam Uri – ‘Menangis Dengar, Sampai Hati Ini Bergetar’

[Copy link]
Post time 22-1-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode



Tular baru-baru ini video yang memaparkan momen seorang kanak-kanak lelaki mengazankan adiknya yang baru lahir sehingga mencuri perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia yang menyaksikan kanak-kanak lelaki tersebut bertindak mengazankan adiknya sejurus selepas bayi itu lahir.

Difahamkan ibu kepada kanak-kanak berkenaan bersalin tanpa suami di sisi kerana lelaki tersebut sedang bekerja selain tiada ahli keluarga lelaki yang lain untuk membantu mengalunkan azan.

Tiada lelaki lain selain anaknya yang satu ini, mengazankan bayi ibunya. MasyaAllah dengan suara yang amat merdu.

Selain mengazankan adiknya, kanak-kanak itu juga sangat bertanggungjawab kerana dia dilihat menolong keluarganya semasa proses menanam uri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh melihat tindakan kanak-kanak tersebut dan memuji suara merdunya ketika mengalunkan azan.

Dalam pada itu, mereka turut menyifatkannya sebagai seorang anak yang soleh dan mendoakannya agar menjadi insan yang berguna.

Kamu anak yang hebat, kamu pasti akan bahagia dunia akhirat.

MasyaAllah adik, aku menangis mendengar lantunan azan kamu. Jadi anak yang soleh ya.

MasyaAllah sumpah merinding, ibu bapa mu pasti bangga dengan kamu.

Sungguh indah lantunan azan, sampai hati ini bergetar. Membesarlah menjadi anak yang soleh agar ibu bapa bangga denganmu dunia dan akhirat.




Sumber: TikTok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056159 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list