View: 25065|Reply: 25
|
[Tempatan]
'Najib tak layak dapat belas ihsan' - Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) gesa reformasi sistem pengampunan
[Copy link]
|
|
'Najib tak layak dapat belas ihsan' - C4 gesa reformasi sistem pengampunan
https://www.malaysiakini.com/news/695285
Diterbitkan: Feb 4, 2024 6:06 PM⋅
Dikemaskini: 6:07 PM
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/4c1aa018deffb89e0c9dee6736eaa6f8.jpg=s800=s800)
Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa reformasi dilakukan terhadap sistem pengampunan di Malaysia bagi memastikan mereka yang layak saja diberi pertimbangan.
Gesaan itu sebagai respons kepada keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International.
C4 berpandangan ada keraguan yang besar sama ada Najib memang patut atau tidak mendapat belas ihsan itu selepas mengambil kira kesalahan yang disabitkan ke atasnya ketika memimpin negara.
"Sebagai pemimpin negara, dia menyalah guna kuasa dan kepercayaan yang diberikan pengundi kepadanya untuk secara salah mengkayakan diri sendiri sehingga menjejaskan semua rakyat Malaysia yang lain.
"Mahkamah Rayuan merujuk kes SRC Internationalnya sebagai 'memalukan negara'. Dia masih ada beberapa perbicaraan jenayah untuk kesalahan berkaitan korupsi yang lain dan penghakiman terus untuk tunggakan cukai RM1.69 bilion terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri," kata C4 dalam kenyataan hari ini.
C4 berkata legasi Najib telah tercemar dengan kehilangan besar wang rakyat dan tindakannya telah menyebabkan negara menanggung hutang yang besar, yang sepatutnya boleh disalurkan untuk manfaat rakyat pada tahun-tahun mendatang.
"Adakah ini orang yang benar-benar layak mendapat belas kasihan?" soal NGO itu.
Beberapa hari lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun.
Dalam mesyuarat pada 29 Jan, lembaga itu juga mengurangkan denda yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Dengan itu, hukuman penjara Najib dijangka berakhir pada 23 Ogos 2028, namun dia boleh dibebaskan seawal Ogos 2026 - selepas menjalani dua pertiga tempoh hukuman - atas dasar "berkelakuan baik".
Mengulas lanjut, C4 juga membangkitkan dalam kes Najib, kuasa pengampunan bergantung kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan badan kehakiman juga menyatakan ia tidak boleh dicabar di mahkamah.
Justeru, NGO itu mencadangkan agar "reformasi sewajarnya" terhadap prses pengampunan, termasuk agar pesalah menjalani tempoh penjara minimum mandatori sebelum permohonan pengampunannya boleh dipertimbangkan.
"Had yang sesuai perlu diperkenalkan bagi menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua, seperti tempoh minimum mandatori sebelum boleh memohon pengampunan, dan sekatan pengampunan ketika individu tersebut masih dihadapkan dengan pendakwaan jenayah yang serupa.
"Kita mesti benarkan perbincangan terbuka, jujur dan penuh hormat bagi isu ini demi kebaikan negara," kata C4.
NGO itu juga memberi contoh pengampunan di Kanada, yang menyatakan "tempoh menunggu" minimum sebelum pesalah boleh membuat permohonan selain mereka perlu membuktikan berlaku ketidakadilan dan kesukaran tidak wajar ekoran hukuman yang dikenakan.
Imej negara
C4 turut membangkitkan kebimbangan pengurangan hukuman Najib akan memberi kesan kepada imej negara dan persepsi awam terhadap sistem keadilan.
"Keputusan ini datang dengan harga yang mahal: dana awam yang dibelanjakan untuk perbicaraan, permohonan interlokuri dan proses rayuan.
"selain itu, usaha yang telah dilakukan agensi penguatkuasaan, wartawan penyiasatan dan pelbagai kerajaan luar yang terlibat dalam penyiasatan, dan paling penting, pemberi maklumat yang telah berdepan risiko untuk mendedahkan skandal ini, dan sekarang semuanya dilihat sia-sia.
"Keputusan ini juga menjejaskan hukuman yang telah diputuskan dan disahkan tiga peringkat kehakiman, dan paling utama, menjejaskan kewibawaan institusi diraja dengan mengheretnya ke dalam kancah politik dan kuasa," kata C4 lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesalahan Mengkaya Kan diri sendiri???
Sejak bila ? |
|
|
|
|
|
|
|
C4 ni berbunyi tak bila kes mahkamah pemimpin tinggi ditarik balik dakwaan. Dan 2-3 kes ex-menteri. Banyak bunyi pulak. Masa ni baru nak tunjuk belang.
Apa C4 tak masukkan sekali termasuk mengkayakan ramai B40 dengan bantuan BRIM...mengkayakan ramai kontraktor yg terlibat dengan pelbagai projek yang rancak. |
|
|
|
|
|
|
|
Undang2 untuk org kaya x sama untuk yg miskin |
|
|
|
|
|
|
|
tah2 ada abuse of the current system. Tak perlu reformasi pun.
Ada yang berani?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi anwar kata najib layak kerana banyak jasa |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-2-2024 11:44 PM
Tapi anwar kata najib layak kerana banyak jasa
Jasa nyer cenonet..kemudaratannyer melambak, iteww yg dapat diskaun hukuman ...bukan pengampunan...
Nasib baik org kpg...kalo yg terkini bangsa johor?
Jgn cakap dapat pengurangan hukuman....ditambah lagi ada...kerana telah bersikap kurang ajar cut q pada banduan2 lain yg dah menanti lebih lama utk dapat pertimbangan pengampunan ... |
|
|
|
|
|
|
|
VespaSilbe replied at 5-2-2024 09:57 AM
Undang2 untuk org kaya x sama untuk yg miskin
Ko pernah nampak org kaya having to queue to see a doctor?
Sebab iteww terpampang di queue ticket number ko...." your number may not be called in sequence" |
|
|
|
|
|
|
|
C4 ni nak kena C4 dgn jibby ke berani ek dok bangkit2 isu ni lg![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Team Najib dah ajak berdebat tu. Pergi jer lah dengar apa kisah sebenar. Ni semua info ke laut. Saja letak nama C4 kan konon nak kaitkan dgn Najib membunuh lah tu. Nampak sangatlah takde ilmu dan tak ikhlas. Esok kena Saman sorang2 padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak layak dapat belas ihsan! Penjenayah dan dah sabit kesalahan pun. Seluruh dunia pun tahu. Jalani jer la hukuman tu. Kalau tak hukum, di mana keadilannya? Dah thn penjara pun discount byk dah, dah ihsan la tu, nak apa lagi? Kesalahan dan kerosakan yg dia lakukan terlalu besar banding dgn jasa. Jasa kat mana tah kalau dah rosak habis negara. Songlap sana sini . Buat malu negara ja. 6 thn tu pun tak patut, sikit sangat banding dgn kerosakan yg dia buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh masa anwar dpt pengampunan mana suara C4. Masa gone end kes ditarik blk mana c4 |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 6-2-2024 04:53 AM
Eh masa anwar dpt pengampunan mana suara C4. Masa gone end kes ditarik blk mana c4
Lupa plk Kes lge ni. Alasan ditarik sbb apa yer? Knp x wujudkan rci isu ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kt china lama dah kena hukum tembak ye |
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 6-2-2024 12:12 AM
Jasa nyer cenonet..kemudaratannyer melambak, iteww yg dapat diskaun hukuman ...bukan pengampunan.. ...
Kannn....kes atuk yg rogol cucu pun patut dilepaskan sbb jasa dia besarkan anak sampai jd org siap dpt cucu lg, klau ikut konsep nuart nih la....
|
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 6-2-2024 12:14 AM
Ko pernah nampak org kaya having to queue to see a doctor?
Sebab iteww terpampang di queue ticket ...
Kabel kena setebal tali sauh
Ko dah tahu ke sape member of pardon board itew..
Semua yg cakap tunggu tunggu rupanyah![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 5-2-2024 09:49 AM
C4 ni berbunyi tak bila kes mahkamah pemimpin tinggi ditarik balik dakwaan. Dan 2-3 kes ex-menteri. ...
dh cam gang BERSHIT dedulu..la ni depa dh melopong... |
|
|
|
|
|
|
| |
|