CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8901|Reply: 13

[Tempatan] Semak dulu harga, sebelum beli...

  [Copy link]
Post time 3-3-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Semak dulu harga, sebelum beli...

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harga-sebelum-beli

Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Mac 3, 2024 @ 4:44pm


GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Persiapan akhir menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan mendapat reaksi berbeza ibu bapa susulan pengenalan kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula kelmarin.

Pekerja kilang, Norizah Aziri, 36, berkata dia baru membeli barangan keperluan sekolah dua anaknya dan memilih harga lebih berpatutan.

Menurutnya, peningkatan harga barang sekolah seperti baju seragam, beg dan kasut sangat dirasai dalam situasi ekonomi ketika ini, malah percaya SST juga secara tidak langsung menyumbang peningkatan harga itu.

"Sebelum ini saya memperuntukkan lebih RM500 untuk persiapan persekolahan dua anak termasuk bayaran yuran untuk seorang anak, tetapi sekarang menjadi sekali ganda sekali gus agak membebankan.

"Selain persiapan sekolah, saya juga bimbang persiapan Aidilfitri kerana dikhuatiri harga pakaian dan barangan masakan juga akan meningkat," katanya.

Penjawat awam, Nurul Izzah Ismail, 37, berkata dia baru membeli baju Melayu anak lelakinya untuk kegunaan sekolah, semalam dan harganya berpatutan dan lebih murah berbanding kedai lain pada tahun lalu.

Katanya, harga barangan dilihat berbeza antara kedai dan lokasi, namun mengakui ada sebahagian barangan lebih mahal terutama di bandar besar berbanding di pekan atau bandar kecil.

"Saya lihat ada barang harga masih sama dan ada yang mahal dengan peningkatan harga kira-kira 20 peratus. Sebelum ini saya peruntukkan RM1,000 untuk dua anak, tetapi sekarang bertambah Rm300.

"Sesi persekolahan akan datang, saya belikan semua baharu untuk anak menggunakan wang bonus, baru-baru ini.

"Pada saya mungkin SST bukan penyumbang utama peningkatan harga ditambah pengenalannya masih baru, tetapi mungkin kos-kos lain membuatkan harga barang juga meningkat," katanya.

Sementara itu, pembantu makmal, Shahirah Sofian, 36, berkata dia baru membeli barang keperluan sekolah untuk anak dan mengakui perbezaan harga yang ketara berbanding tahun lalu.

Menurutnya, harga seragam sekolah meningkat antara RM7 hingga RM8 dan peruntukan untuk seorang anak yang sebelum ini hanya RM300 tetapi kini meningkat kepada RM350 hingga RM400.

"Saya tak pasti jika peningkatan harga ini kerana SST, tetapi memang terkejut melihat harga pakaian seragam yang mahal berbanding tahun lalu.

"Situasi ini memang memberi kesan kepada perbelanjaan harian keluarga kami," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya ada anak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Honestly i ckp i tak beli baju sekolah or kasut sekolah every year tuk anak i kecuali terpaksa.  Last i beli baju sekolah 2 pasang 3 years ago lepas tu cuci elok2. Mmg pakai hingga lunyai baru tukar sbb masa tu terus humban ke tong. Yg killer actually buku sekolah.  Seribu lebih kena.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aku kan mengajar kat skolah luar bandar. sbb sekolah ku ada asrama yayasan selsngor jd ramai jugek outsiders yg antor anak ke sini.
dah bertahun² dlm pemerhatianku org² kampung semuanya dh siap sedia dgn perbelanjaan skolah anak
mcm nk byr yuran, beli buku. sbb selalunya parents mmg dtg berurusan sendiri dgn guru kelas dan koop skolah.
yg selalu dtg dgn tgn kosong ni selalunya parents yg bekerja di bandar.. jauh² dtg antor anak dok asrama tp kelengkapan anak nk bersekolah tu tk cukup. lps tu bising² sbb 2x sebulan kena dtg amik anak. dah kalo.kos nya tinggi ko sekolahkan je lah dekat² dgn rumah. dlm group mrsm tu ramai parents yg tarik diri, tk jd daftarkn anak ke mrsm sbb tk cukup duit. pilihan di tgn kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 4-3-2024 08:02 AM
aku kan mengajar kat skolah luar bandar. sbb sekolah ku ada asrama yayasan selsngor jd ramai jugek o ...

Kau confront tak kot2 diorang tak cukup solat itu yang tak ada duit memanjang tu sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 09:46 AM | Show all posts
zehra2 replied at 4-3-2024 08:02 AM
aku kan mengajar kat skolah luar bandar. sbb sekolah ku ada asrama yayasan selsngor jd ramai jugek o ...

tak terpaling la kalau anak tak masuk mrsm...gitu mentality sesetgh parents.. (kawan aku la gitu). habis hebat kalau anak dpt mrsm..aku hmmm kan aje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa hujung tahun start bulan10-11 tuu dah boleh start beli barang sekolah ank. Beli sikit2 xterasa sgt..beli sekaligus mmg terasa ooo..mcm aii ank yg baru masuk sekolah tadika & prasekolah mmg kena beli uniform baru. Lepas CNY baru cikgu masukkn dlm group WhatsApp. So dah tau uniform apa kena prepared senang la. Yg kakak & abg top-up stationery ja. Baju kasut dah beli last year.kasut sekolah kalau ada sales mmg aii beli buat stock. Kasut xtahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 09:51 AM | Show all posts
Samerosie replied at 4-3-2024 07:50 AM
Honestly i ckp i tak beli baju sekolah or kasut sekolah every year tuk anak i kecuali terpaksa.  Las ...

tak mengecut ke baju tu sbab budak kan membesar haritu beli baju sekolah saiz 15 utk anak saiz 14 muat2 je igt nak tukar tapi malasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 10:11 AM | Show all posts
rospinki replied at 4-3-2024 09:51 AM
tak mengecut ke baju tu sbab budak kan membesar haritu beli baju sekolah saiz 15 utk anak saiz 14  ...

Anak I kurus tinggi, masalah dgn size suar, baju ok beli besar sikit.  Sekolah dia 2 hari je baju uniform tu, hari rabu koko tshirt, hari khamis and jumaat baju sukan.  Cuma masalah besar I, baju sekolah shirt tu Ya Rabbi, tak tau la berguling dalam lumpur ke apa balik mesti kotor dgn stain.  belum lagi dia dgn kawan2 dia time art gi kaler kaler baju. Tapi sebab kemeja sekolah dia kaler hijau so tak nampak obvious sangat la stain lepas basuh kalau ada lagi.  I guna oxy fabric stain remover, oklah kuat sikit dari varnish rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:26 AM | Show all posts
Samerosie replied at 4-3-2024 10:11 AM
Anak I kurus tinggi, masalah dgn size suar, baju ok beli besar sikit.  Sekolah dia 2 hari je baju  ...

samala budak ni senteng seluar baju samalh tak pakai sgt uniform mostly pakai baju sukan je. penatla ya baju semua mcm baik dari sawah kalau iols rendam je cmpo colrox sikit semalaman esok tggal berus sikit2 jah putih melepak. tapi anak iols tak byk aktiviti luar sgt jenis nk cepat2 balik umah apa suka semua dia tak join. tahun ni mintak beli kasut takraw jah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedekut nya mak bapak berkira baju sekolah kasut beg sekolah budak, padahal mak bapak bekerja aman2 punyai baju kerja 6 helai utk pi kerja bertukar setiap 6-12 bulan, juga bertukar henbeg kasut kerja bersusun banyak, budak disuruh pakai sampai lusuh dan koyak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:06 PM | Show all posts
banyak pilihan boleh dipilih, ada kedai yang premium , ada juga kedai yang harga mesra pelanggan, pilihan ditangan kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 04:50 PM | Show all posts
thn ni skolah tlg buat initiatif..kumpulkan baju terpakai, sbb ramai x mampu beli..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 05:28 PM | Show all posts
dulu masa skolah..mak tempahkan baju...
jarang beli siap...
setakat kain kapas ...bukan mahal pun
upah pun masih murah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.082552 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list