CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12714|Reply: 15

[Jenayah] Pasangan dari neraka ditahan dera dua kanak-kanak guna seterika, air panas

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 07:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-4-2024 08:41 AM

KENINGAU: Polis hari ini menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun, sejak bulan lalu.

Kedua-dua mangsa didakwa didera menggunakan seterika, batang besi, sudu panas dan air panas hingga menyebabkan badan luka dan melecur.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kejadian itu disedari oleh seorang lelaki berusia 27 tahun ketika didatangi mangsa berusia 13 tahun yang menjual burger di sebuah premis di daerah ini, jam 12 tengah hari, pada 2 Mac lalu.

Katanya, lelaki itu menyedari terdapat kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan kanak-kanak terbabit disyaki didera.

Menyedari keadaan mangsa seperti didera, dia kemudian membuat laporan polis sebelum kedua-dua suspek suami isteri berusia 27 dan 36 tahun ditahan di rumah sewa mereka di pekan Keningau, petang tadi.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah peniaga burger," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati seorang lagi mangsa lelaki berusia lima tahun turut didera oleh kedua-dua suspek.

"Mangsa berusia 13 tahun itu adalah anak tiri kepada suspek wanita. Kedua-dua mangsa tiada sebarang talian persaudaraan dan dipelihara oleh kedua-dua suspek.

"Manakala mangsa berusia lima tahun adalah anak angkat kedua-dua suspek," katanya.

Yampil berkata, siasatan mendapati kejadian dera itu dipercayai berlaku di rumah sewa suspek antara 24 Mac 2024 hingga 30 Mac 2024.

"Mangsa berusia 13 tahun dipercayai didera menggunakan seterika beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan kerana terdapat kesan melecur yang sudah hampir kering. Kejadian itu dilakukan suspek kerana mendakwa mangsa menipu menghabiskan jualan burger.

"Selain itu, mangsa turut dipukul menggunakan kayu dan batang besi pada belakang badan manakala mangsa berusia lima tahun disiram menggunakan air panas di atas lantai.

"Mangsa juga dipaksa berdiri di atas air panas hingga kedua-dua kakinya melecur. Selain itu mangsa turut dipukul menggunakan besi di bahagian belakang badannya.

"Mangsa turut ditekap dengan seterika oleh suspek wanita pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badan hanya kerana lambat membuka lampin pakai buang ketika bangun tidur," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek juga didapati mempunyai kes jenayah lampau berkait dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolongla bunuh terus mak ayah budak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 07:57 AM | Show all posts
penjara 20 tahun dan sebat 100 kali
sebat tu bantai setiap sebulan 1 kali
100 bulan = 8 tahun 4 bulan

plus hilang hak penjagaan selama2nya ke atas 2 org anak2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada Kes dadah lampau. Org mcm ni kalo biar hidup pun akan bg masalah lg. Lbh parah kalo dia membiak. Kasi lupus je lah org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tu sebab depa tkde anak kandung. dah kenapa nk bela anak tiri.. anak angkat sekadar utk diseksa. ini bkn manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 09:56 AM | Show all posts
nie bkn binatang..tp setan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Penagih dadah ni tembak jelah semua hidup hidup..otak dah tak waras.

Gila la budak umur sebegitu ko seksa dera camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksa dia camtu pulak baru dia tahu sakit cam mana.

Pagi² kemurungan baca berita camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah xnak membela budak, kenapa nak ambik ank angkat lg
Pening la
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah tu..' pasangan bakal ke neraka' baru ngam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:33 AM | Show all posts
kenapa bela kalau xsuka ish geram
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:42 AM | Show all posts
Allahuakbar..kesiannya anak2 ni. Kenapa la kejam sangat. Kalau dah tak larat nak jaga, hantarkan je la ke JKM. Ada ramai yang nak bela anak angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:53 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada pihak polis, semoga sipelaku mendapat azab yang pedih lagi tersiksa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 04:29 PM | Show all posts
syabas buat pembeli burger yg observant dan prihatin, terus buat report polis. kalau tidak entah apa la nasib budak2 tu, tak mustahil didera sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 04:50 PM | Show all posts
i baca somehwere yang kecik tu anak angkat kan?kalau la anak angkat memang bersebab tuhan tak kasi kau anak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
laa.. dh tak sabar ngan budak nape amik anak angkat??? padahal anak tiri pun malas bela.. tak faham aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193786 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4977 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23576 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.462014 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list