CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 0

Sudah tutup 'buku', apa perlu diungkit - Muaz pertikai tindakan Aliff Aziz sentuh isu curang

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Muaz mendakwa isu curang tidak perlu diungkit kerana dia dan Bella sudah mencapai kata sepakat menutup ‘buku’. Foto NSTP Aizuddin Saad





PUTRAJAYA: Pelakon Muaz Zabir mempersoal tindakan Aliff Aziz membangkitkan isu curang membabitkan dirinya dengan Bella Astillah dalam temubual podcast yang tular, kelmarin.

Muaz mendakwa isu itu tidak perlu diungkit kerana mereka sudah mencapai kata sepakat menutup 'buku'.

Berikutan itu, Muaz yang membintangi drama rantaian Iskandar Chempaka meminta Aliff menghubungi dirinya jika masih ada perkara yang dia tidak berpuas hati tanpa menggunakan media sosial.

"Saya marah apabila dengar podcast itu. Saya ada bukti yang kami sudah letak titik noktah terhadap isu itu.

"Malah, saya sudah banyak kali memohon maaf daripada Aliff, iaitu sejak November lalu. Takkan selama ini saya bercakap dengan hantu?

"Saya memang ada berhubung dan boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.

"Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak berpuas hati dan tidak perlulah hebahkan dalam media sosial.

"Aliff minta saya jangan kecohkan perkara ini hingga kami sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tetapi, lain jadinya.

"Tidak perlulah dedah dalam media sosial atau buat podcast.... 'Be a gentleman' (jadilah lelaki budiman)," katanya ditemui pada sesi ramah mesra bersama peminat sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Edisi Raya BABA'S di tapak parkir Presint 3 di sini, hari ini.

Muaz mendakwa Aliff berniat tidak baik terhadap dirinya dan Bella berdasarkan tangkap layar mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan seorang individu yang ditularkan adik Bella, Didi Astillah.

"Kalau dia nak buat laporan polis atau bawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik," katanya.

Enggan membiarkan kemelut berpanjangan, Muaz menasihatkan Aliff berhenti memburuk dan mengaitkan lagi namanya dalam kontroversi itu.

"Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya. Tetapi saya harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.

"Saya doakan yang terbaik untuk dia. Apa juga tindakan dibuat, saya harap perkara itu membawa kebaikan kepadanya.

"Namun, jika tindakan anda tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah bawa keburukan kepada orang lain... Saya fikir ini tidak patut," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047717 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list