CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8331|Reply: 19

[Tempatan] Bekas banduan baru 6 bulan bebas, didakwa cabul anak saudara

[Copy link]
Post time 6-5-2024 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-5-2024 05:18 PM

Bekas banduan baru 6 bulan bebas, didakwa cabul anak saudara

Oleh Alias Abd Rani - Mei 5, 2024 @ 6:17ambhnews@bharian.com.my



MUAR: Seorang lelaki yang baru enam bulan dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, Februari lalu.

Tertuduh berusia 47 tahun yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Dia yang bekerja kebun sebelum ini menjalani hukuman penjara selama 23 tahun dan dibebaskan November tahun lalu, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak saudaranya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Air Hitam, di sini, pada petang awal Februari lalu.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun tahun dan juga sebatan.

Tertuduh sebelum ini didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diperintah menjalani hukuman penjara sejak 2000.

Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika remaja itu sedang berbaring di rumah tamu rumah neneknya sambil bermain telefon.

Ketika itu, tertuduh tiba bersama adik mangsa berusia sembilan tahun sebelum bertindak melakukan perbuatan keji itu.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Air Hitam namun diminta merujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Ketika menerima rawatan, doktor mendapati terdapat kesan calar pada tangan mangsa. Doktor kemudian bertanyakan mangsa sebelum menceritakan dia dipukul bapa kandung.

Pada masa sama, mangsa juga mendedahkan perbuatan bapa saudaranya kepada doktor sebelum laporan polis dibuat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Susulan pengakuan tidak bersalah, mahkamah menetap esok untuk sebutan semula kes, permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.


Bekas banduan (tengah) yang baru enam bulan dibebaskan dari penjara didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di Muar, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, Februari lalu. - Foto NSTP/Alias Abd Rani







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 09:17 AM | Show all posts
sampah masyarakat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 09:21 AM | Show all posts
Baru keluar penjara selama 23 tahun dah buat jenayah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:23 AM | Show all posts
sepak je kote tu sampai hancur
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:31 AM | Show all posts
kesiannya budak tu. tp aku mmg tak caya banduan2 ni. mmg takde maaf bagimu. lantak laa org cakap apa. lagi pulak baru keluar dari penjara. mmg kena over care laa ngan org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:37 AM | Show all posts
sebab tu banduan susah nak dapat keja,especially yang bekas kes dadah...orang memang tak percaya..lagi satu ramai kot experience dengan bekas banduan yang acah2 insaf tapi buat lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 10:04 AM | Show all posts
epullipan replied at 6-5-2024 09:37 AM
sebab tu banduan susah nak dapat keja,especially yang bekas kes dadah...orang memang tak percaya..la ...

Kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat kes budak skolah ku yg kena masuk rumah pelindungan wanita kat taiping kot.
pak sedara cabul dia. mak buat report.
terus nenek nya tk bg budak tu tinggal dgn keluarga lg. marah sbb report polis. anak lelaki kna tangkap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 10:16 AM | Show all posts
saja nak tanya, kt muar takde kawasan pelacuran ke?


kalo sangap sgt baik pergi sana...

masa duduk penjara mesti ada buat kerja kan? mesti ada gaji sikit kan,
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:19 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 6-5-2024 10:22 AM
zehra2 replied at 6-5-2024 10:08 AM
teringat kes budak skolah ku yg kena masuk rumah pelindungan wanita kat taiping kot.
pak sedara cabu ...

kawan wa pulis, dia cakap bukan melayu je, india pn ada, tp itu la disebabkan yg buat tu family member, family member lain tak nak report, mgkn pakcik tu yg bekerja, duduk rumah, pakcik/ nenek, pastu cabul plak anak sedara / adik pompuan, diorang cuba tutup kes je, tp kesian la kt mangsa...

selalu akan jadi kes kalo mangsa tu dah pregnant , atau di ketahui oleh orang luar...

sama la kes pukul, laki pukul bini, bini dan ahli keluarga lain ckp kalo laki ko masuk lokap, sapa nak sara hidup....
cina jarang buat jenayah seks, diorang kalo buat jenayah pn , komersil, lari cukai, brg seludup, judi,



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 6-5-2024 10:19 AM
kawan wa pulis, dia cakap bukan melayu je, india pn ada, tp itu la disebabkan yg buat tu family mem ...

kaum.india ni ada pompuan yg boleh kawin dgn pakcik. adik beradik mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 11:02 AM | Show all posts
zehra2 replied at 6-5-2024 10:48 AM
kaum.india ni ada pompuan yg boleh kawin dgn pakcik. adik beradik mak dia

wa sekolah zaman 90an ada kawan pompuan india ni umur 16, dia dah tunang, tunang dia pn relative dia juga, ( pakcik ke cousin ke cam tu la)
abis je spm, result tak keluar betul2 diorang buat majlis nikah / daftar,

18/19 tahn dah ada anak, 22-23 tahun dah nampak mcm aci2...

kawan2 yg lain ada yg takde gf/bf lg



masa kita umur 17 tgk orang 20 an pn rasa eh tua nye bf dia,

skrg sy igt memohon maaf atas statement itu bila sudah berusia 40 an haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
23 tahun dlm penjara pon tak serik. Yg ayahnya pon pukul sampai cedera bdk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 6-5-2024 11:02 AM
wa sekolah zaman 90an ada kawan pompuan india ni umur 16, dia dah tunang, tunang dia pn relative d ...

ot..
teringat iols masa main mirc dulu chat dgn mamat ni skali a/s/l..umur 32 dan2 sentap taknak borak rasa euwww mamat tua mana la main chatting2 ni.
dikala usia 40++ ni agaknya rasa terhina kalau ada remaja meng'euwww'kan iols


*** eh setan bekas banduan ni tak serik2 dok dlm jail berpuluh tahun agaknya. dah keluar nak menyusahkan org lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa tindakan ke atas bapa yang merotan kanak kanak(mangsa) itu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
apa kaitan sesak nafas, kena rotan/pukul & cabul

Adakah bapa saudara tu adik kpd ayah dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 02:05 PM | Show all posts
dia mmg suka cek in jel gamaknya
x serik2 buat pangai
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 6-5-2024 09:37 AM
sebab tu banduan susah nak dapat keja,especially yang bekas kes dadah...orang memang tak percaya..la ...

ye ke??? bkn berjuta ke rakyat Msia msh percaya....keliru aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hntr ke tmpt pelupusan manusia je la. Masuk jail pun buat ahes duit taxpayer bayar keperluan dorang. Org mcm ni mmg da x blh berubah. Tu 1 hal, 1 hal lg dia merbahaya kpd manusia lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:51 AM | Show all posts
epullipan replied at 6-5-2024 09:37 AM
sebab tu banduan susah nak dapat keja,especially yang bekas kes dadah...orang memang tak percaya..la ...

kawan aku abang dia 2 kali masuk jail sebab dadah.keluar jail nampak la ke arah berubah.berkopiah solat on time. siap ke masjid..lasting untuk 2 -3 bulan je you.lepas tu buat la perangai lama semula.harap abang kwn i tu mampus cepat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069924 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list