CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6974|Reply: 1

[Tempatan] Tuduhan cukup jelas untuk Muhyiddin sedia pembelaan, kata mahkamah

[Copy link]
Post time 6-5-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Tuduhan cukup jelas untuk Muhyiddin sedia pembelaan, kata mahkamah

https://www.freemalaysiatoday.co ... laan-kata-mahkamah/

V Anbalagan
06 May 2024, 03:21 PM


Pada 9 Julai, panel 5 hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Muhyiddin untuk menyemak keputusan mahkamah, dalam usahanya mengetepikan keputusan 28 Feb dan agar rayuan tersebut didengar semula oleh panel baharu. (Gambar Bernama)

Menurut Mahkamah Rayuan, bekas PM itu tidak boleh mendakwa beliau terpedaya kerana 4 tuduhan terhadapnya kurang butiran.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mampu menyediakan pembelaan terhadap empat tuduhan salah guna kuasa berhubung program Jana Wibawa yang dihadapinya, kata Mahkamah Rayuan dalam alasan penghakiman bertulis yang dikeluarkan minggu lepas.

Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata, tuduhan-tuduhan terhadap Muhyiddin mengandungi semua unsur yang diperlukan untuk membuktikan kesalahan bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Kami berpandangan, tuduhan-tuduhan tersebut jelas dan tidak samar-samar,” katanya dalam alasan bertulis 31 muka surat yang diterbitkan dalam talian.

Pada 28 Feb, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hadhariah membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan tuduhan yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hadhariah berkata, Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang dengan berpendapat bahawa tuduhan-tuduhan tersebut cacat.

Hakim-hakim lain menganggotai panel mendengar rayuan itu terdiri daripada Azmi Arifin dan SM Komathy.

Dalam penghakiman itu, Hadhariah menyatakan bahawa Muhyiddin didakwa atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu, memenuhi unsur pertama iaitu beliau “pegawai awam”.

Unsur kedua kesalahan turut disebut dalam tuduhan-tuduhan tersebut apabila mendakwa Muhyiddin menggunakan kedudukannya, katanya.

Hadhariah berkata, rujukan kepada suapan dan dakwaan bahawa ia diperoleh oleh Muhyiddin untuk “sekutunya”, iaitu Bersatu, sudah memadai untuk membentuk unsur ketiga dan keempat dalam tuduhan-tuduhan itu.

“Pada pendapat kami, butiran yang terkandung dalam setiap tuduhan cukup untuk memberi notis kepada responden (Muhyiddin) mengenai perkara yang mana dia didakwa,” katanya.

Tambahnya, Muhyiddin tidak mempunyai asas untuk mendakwa dia diperdayakan oleh kekurangan butiran.

Justeru, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan itu dilakukan, kata hakim itu.

Hadhariah berkata, panel hakim bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa cara kesalahan itu dilakukan bukanlah unsur kesalahan yang perlu dinyatakan dalam tuduhan.

“Seksyen 23(1) Akta SPRM tidak memerlukan perayu (pendakwaan) menyatakan dalam setiap tuduhan sama ada ‘responden membuat sebarang keputusan’ atau ‘mengambil sebarang tindakan’ untuk (menerima) suapan itu,” katanya.

Katanya, panel juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa cara kesalahan dilakukan boleh dibuktikan melalui keterangan pada perbicaraan.

Pada 15 Ogos tahun lepas, Hakim Jamil Hussin membenarkan permohonan Muhyiddin agar tuduhan terhadapnya dibatalkan, dan beliau membebaskan bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021 berhubung program Jana Wibawa dengan berusaha mendapatkan RM232.5 juta untuk “sekutunya”, Bersatu.

Dia mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada 10 Mac.

Pada 9 Julai, panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Muhyiddin untuk menyemak keputusan mahkamah, dalam usahanya mengetepikan keputusan 28 Feb dan agar rayuan tersebut didengar semula oleh panel baharu.

Peguam utama Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik berkata, pasukan pembelaan telah meminta panel dianggotai lebih ramai hakim kerana kes itu melibatkan isu undang-undang yang serius berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar permohonan itu dibatalkan atas alasan ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 04:16 AM | Show all posts
undur je laaaa......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.058871 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list