CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13165|Reply: 1

Terima panggilan ‘misteri’, dua pengurusan Selangor FC lapor polis

[Copy link]
Post time 6-5-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Polis menerima laporan daripada dua ahli pengurusan Selangor FC mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.


Difahamkan, laporan itu dibuat untuk keselamatan diri selepas berlaku insiden membabitkan pemain pasukan tersebut, Faisal Halim.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.


“Ada terima, laporan dibuat di Shah Alam untuk keselamatan diri saja,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seorang lelaki direman selama dua hari untuk siasatan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.


Kejadian tersebut berlaku ketika pemain bola sepak tersebut berada di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, di sini.


Lelaki berusia 20-an itu diberkas di Pandan Indah, Ampang.


“Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.


“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya ketika dihubungi.


Tambah beliau, polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas untuk membantu siasatan.


Semalam, media melaporkan pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.


Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.


Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 11:29 PM | Show all posts
apa kes pulak dah macam holigan dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.201225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list