CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3854|Reply: 2

[Tempatan] Tiada syarikat Israel beroperasi di Malaysia - PM

[Copy link]
Post time 7-5-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 7-5-2024 02:48 PM

Tiada syarikat Israel beroperasi di Malaysia - PM
Ili Aqilah
Diterbitkan:  May 7, 2024 1:02 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada syarikat yang berpangkalan di Israel dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia.

Katanya, sejak kerajaan perpaduan mengambil alih, syarikat Israel telah dilarang beroperasi.

Ini katanya, termasuk pembatalan syarikat perkapalan kargo Israel, Zim daripada memasuki peraiaran negara.


“Yang benarkan 2002 itu yang membenarkan kapal Israel masuk itu adalah Tun Dr Mahathir (Mohamad) bawa Zim (syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel).

“Kita dah batalkan. Dia ada bagi alasan apa-apa pun, kemudian diteruskan sehinggal saya dan jemaah menteri batalkan.

“Itu pendirian kita, tidak diizinkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anwar diminta mengulas dakwaan bahawa syarikat perkapalan Israel, Zim telah dan akan dibenar untuk kembali berlabuh di pelabuhan di negara ini.




Sebelum ini, berdasarkan semakan terhadap aplikasi pergerakan perkapalan antarabangsa, Marrine Traffic, sebuah portal berita propembangkang mendakwa Zim Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel, Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April.



Ia kemudiannya dikatakan menuju ke Pelabuhan Shantou, China.


Terdahulu, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (Natsec) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan turut terpalit konterversi apabila terdapat syarikat pembekal senjata kepada Israel mengambil bahagian.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bebas memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.

Katanya, Malaysia juga tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan negara tertentu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
“Yang benarkan 2002 itu yang membenarkan kapal Israel masuk itu adalah Tun Dr Mahathir (Mohamad) bawa Zim (syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel).




Saka tua acah2 terpaling Plestin tu tak nak komen apa2 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:37 PM | Show all posts
"Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan bebas memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini."

Like it or not Israel has been part of global trade for so long. Malaysia tak boleh kick Israel out tapi boleh isolate itself dan berdagang dengan rakan2 terpilih sahaja. Soalnya mampu ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055178 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list