CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Jenayah] Petugas media tunai tanggungjawab mengundi

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Calon PH, Pang Sock Tao, meninjau pusat pengundian PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, hari ini. - BERNAMA





HULU SELANGOR: Kesibukan bertugas membuat liputan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak menghalang dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini.

Jurugambar BERNAMA, Zulfadhli Zulkifli, 36, dan pemandu, M Mathan Kumar, 38, yang 'berkampung' di Kuala Kubu Bharu sejak 25 April lalu, masing-masing mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Kerling, dekat sini.

Zulfadhli berkata, biar pun padat dengan tugasan sepanjang hari ini, beliau tetap mencuri masa menunaikan tanggungjawabnya selaku pengundi di DUN berkenaan.

"Biarpun perlu bergegas ke beberapa lokasi termasuk di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang terletak kira-kira 40 kilometer atau satu jam perjalanan dari pekan Kuala Kubu Bharu hari ini, saya sudah susun jadual elok-elok supaya berpeluang mengundi.

"Syukur semua tugasan berjalan lancar setakat ini malah cuaca juga baik, jadi saya sempat luang masa beberapa minit untuk mengundi pada jam 10.20 pagi tadi," katanya di sini.

Mathan Kumar menyifatkan peluang bertugas dan pada masa sama menjadi pengundi bagi PRK adalah pengalaman istimewa.

"Di sini tempat kita sendiri, pergi bekerja tetapi rasa macam balik kampung. Jadi bila ada pilihan raya itu, saya rasa amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada warga Kuala Kubu Bharu yang menunaikan tanggungjawab dan meraikan proses demokrasi ini.

"Saya juga seronok dapat bertemu rakan-rakan ketika saya membuat tugasan di lapangan sepanjang tempoh berkempen," katanya yang selesai mengundi di SKJT Ladang Kerling pada 9.30 pagi tadi.

PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi PRK itu dibuka serentak pada 8 pagi tadi dan ditutup pada 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada jam 2 petang ini. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.140337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list