CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5463|Reply: 2

[Tempatan] Keputusan SPM 2023 kekal 27 Mei ini

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meninjau reruai Karnival HIP peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Nibong Tebal. NSTP/Nur Izzati Mohamad





NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pemilihan tarikh itu tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru, sebaliknya ia adalah bagi memastikan pelajar lepasan SPM mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

"Dalam hal ini (tarikh pengumuman keputusan SPM), kita mendengar semua pandangan apatah lagi yang berkait rapat dengan kesejahteraan guru.

"Saya tekankan kita akan kekal (tarikh keputusan) itu pada 27 haribulan ini sebagaimana yang telah kita umumkan.

"Jadi, guru-guru yang telah merancang percutian teruskan bercuti kerana ia tidak ada masalah, apatah lagi keputusan ini boleh diperoleh secara dalam talian. Bagi anak-anak yang memerlukan (jauh dari sekolah mereka) boleh mendapatkannya dalam talian atau boleh pergi ke mana-mana sekolah terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pemberita ketika merasmikan Karnival HIP peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, sesi libat urus akan diadakan dengan segera untuk memastikan tiada isu berbangkit ketika pengumuman keputusan SPM nanti.

"Apa yang kita lakukan ini adalah paling penting anak-anak kita (calon lepasan SPM) ada masa yang cukup untuk buat persiapan (kemasukan ke IPT) khususnya di peringkat (membuat permohonan dalam talian) UPU (Unit Pusat Universiti).

"Jika pihak pentadbir kena uruskan (berkaitan pengumuman keputusan SPM) masih ada masa selama tiga minggu.

"Tempoh masa ini panjang dan mencukupi bagi (pihak pengurusan sekolah) merancang dan menyelaras mekanisme pengurusan serta pentadbiran tugas berkaitan pengeluaran keputusan peperiksaan," katanya.

Semalam, NUTP merayu KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dilaporkan berkata, ini kerana guru-guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

"Jika mengikut kenyataan media KPM, keputusan akan dikeluarkan pada 27 Mei, kebanyakan guru sudah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga guru sudah merancang percutian bersama keluarga masing-masing," katanya menerusi kenyataan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 12:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 12:10 PM | Show all posts
kerajaan yang mendengar
macam lucu lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.554334 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list