CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 0

[Jenayah] KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode
26 motosikal milik penuntut UniMAP yang di parkir di kolong sebuah blok asrama musnah dalam satu kebakaran awal pagi semalam. - Foto NSTP/Aizart Sharif





KANGAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada UniMAP susulan insiden itu.

"Semoga semua yang terlibat tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya," katanya menerusi hantaran Facebooknya malam tadi.

Semalam, media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Zambry berkata, beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terlibat, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

"Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.308793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list