CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1196|Reply: 0

[Jenayah] Conteng dinding pagar masjid di Ampang Pecah, polis buka dua kertas siasatan

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode


HULU SELANGOR: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian dinding pagar sebuah masjid di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu yang diconteng dengan perkataan menghina agama Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima laporan daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid terbabit pada jam 9 pagi ini.

"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, gambar dinding pagar masjid itu diconteng dengan cat sembur sebelum tular di laman sosial yang memaparkan perkataan kesat.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan vandalisme itu melampaui batas dan mencetus provokasi selain menyentuh sensitiviti agama Islam.

Difahamkan, pihak masjid sudah mengecat semula dinding pagar berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list