CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6017|Reply: 0

[Dunia] Kerjasama rakan gabungan Kerajaan Perpaduan kukuh, tak ganggu agenda pembaharuan negara, kata PMX Anwar Ibrahim di Doha

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Kerjasama rakan gabungan Kerajaan Perpaduan kukuh, tak ganggu agenda pembaharuan negara - Anwar

https://www.bharian.com.my/berit ... h-tak-ganggu-agenda

Oleh Adha Ghazali - Mei 14, 2024 @ 8:00am
adha@bh.com.my


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa. - Foto BERNAMA

DOHA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat meneruskan agenda pembaharuan dalam kerajaan selepas mengambil alih pentadbiran Putrajaya November 2022, meskipun Kerajaan Perpaduan diterajuinya dibentuk daripada gabungan beberapa parti politik.

Malah, Perdana Menteri berkata, persefahaman kukuh dalam kalangan parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan juga membolehkan lebih banyak agenda pembaharuan terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat di bawah kerajaan MADANI.

Beliau berkata, ini termasuklah dalam soal memerangi rasuah, tadbir urus yang baik serta agenda reformasi dalam pendidikan.

"Pujian harus diberikan kepada parti yang saya terajui dan juga parti gabungan termasuk dari Sabah dan juga Sarawak.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa.

"Ingin saya katakan sudah setahun setengah (saya menerajui kerajaan), tiada seorang pun daripada mereka (rakan daripada parti gabungan) datang kepada saya dan berkata - Anwar, perlahan sikit lawan rasuah atau kami tak sokong pembaharuan ini... tiada (seorang pun).

"Sebab itulah saya boleh lakukannya dengan penuh semangat serta yakin, dan saya percaya Malaysia boleh teruskan lakukan pembaharuan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum di hadapan kira-kira 300 hadirin di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa, di sini, hari ini.

Pada sesi syarahan umum hampir 25 minit itu, Anwar menyentuh pelbagai isu berkisar tajuk 'Future of The Muslim World'(Masa Depan Dunia Islam) termasuk mengenai kekejaman serta ketidakadilan seperti yang berlaku terhadap Palestin.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mengulas kekuatan Kerajaan MADANI yang diterajuinya, Perdana Menteri berkata ia terletak pada dasar yang jelas.

"Kita ada dasar yang jelas... apa yang kami maksudkan dengan transformasi digital dan transisi tenaga. Kita juga ada pelan induk industri yang baharu, begitu juga berkaitan keselamatan makanan," katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba bagi menyampaikan syarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar di Universiti Hamad Bin Khalifa.

Sambil mengucapkan rasa syukur, Anwar yang juga Presiden PKR berkata pada permulaan pembentukan gabungan itu, beliau berkata setiap parti terbabit berbincang mengikut prinsip masing-masing.

"Tiada seorang pun dari mereka bercakap mengenai kedudukan mereka, mereka mahukan menteri ini, berapa menteri, tiada, kerana mereka kenal saya. Jika mereka letakkan syarat, saya akan katakan tiada perbincangan.

"Tetapi saya mesti berikan kredit kepada mereka kerana mereka hanya memerlukan jaminan tertentu," kata Anwar dan menambah, ini termasuk mengiktiraf hak majoriti Melayu dan raja berperlembagaan, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada usaha untuk pembaharuannya itu menghadapi kesukaran semasa memimpin Kerajaan MADANI, yang disokong oleh banyak parti komponen.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Qatar, negara Arab Teluk kedua dikunjungi selepas Arab Saudi dalam misi untuk menarik pelaburan baharu khususnya dari negara Asia Barat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list