CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4941|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPDN tumpas sindiket cuba seleweng 98,400 liter diesel bersubsidi

[Copy link]
Post time 15-5-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zuhairi (dua dari kanan) bersama Affendy Sulaiman (tiga dari kanan) menunjukkan pam yang digunakan bagi mengepam minyak diesel yang diseludup. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Puchong: Sebanyak 98,400 liter diesel bersubsidi bernilai RM211,560 dipercayai cuba diseleweng sebuah sindiket berjaya dirampas dalam satu serbuan di sekitar Pulau Meranti, di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Zuhairy Mat Radey berkata, serbuan itu dijalankan dengan kerjasama Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menurutnya, selain lori tangki sindiket berkenaan turut menggunakan beg fleksi yang diletakkan di dalam dua kontena mengandungi 70,000 liter (L) minyak diesel dipercayai dijadikan stor penyimpanan.

"Serbuan dijalankan hasil risikan selama dua minggu susulan maklumat awam dan dipercayai sindiket menjual minyak berkenaan kepada industri (kilang-kilang).


"Minyak-minyak ini diperoleh secara runcit daripada stesen minyak menggunakan lori bonded sebelum dipindahkan ke sebuah lori tangki dan kontena terbabit," katanya pada sidang media di lokasi serbuan, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah WCB/PSK Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Affendy Sulaiman.

Mohd Zahari berkata, beg fleksi berkenaan mampu menyimpan ribuan liter cecair termasuk minyak dan sifatnya yang fleksibel membuatkan beg itu dapat mengikut bentuk objek di mana ia diletakkan seperti kontena terbabit.

Modus operandi baharu itu digunakan sindiket berkenaan untuk menjadikan kontena terbabit sebagai stor simpanan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang kebiasaannya menyasarkan lori tangki dan lori bonded.

Katanya, empat individu terdiri daripada dua pemandu dan dua kelindan lori ditahan ketika sedang mengepam minyak diesel berkenaan ke dalam lori tangki kira-kira 10 malam tadi.

"Hasil soal siasat, suspek berkenaan gagal mengemukakan lesen atau permit bagi menyimpan minyak diesel berkenaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket.

"KPDN menyita sebuah lori tangki mengandungi 27,000L minyak diesel, lori bonded (satu) mengandungi dua tangki berisi 1,400L diesel, kontena mengandungi 70,000L diesel, dan pelbagai peralatan bagi memindahkan diesel.

"Siasatan akan memfokuskan untuk mengenal pasti individu atau syarikat serta

rantaian pengedaran termasuk sumber bekalan minyak diesel subsidi ini diperoleh dan diedarkan," katanya.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan termasuk minyak diesel dan kenderaan dianggarkan mencecah RM400,000.

Katanya, suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 43 hingga 45 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-diesel-bersubsidi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.068651 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list