CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5225|Reply: 17

PAPADOM 2

[Copy link]
Post time 24-4-2011 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 27-1-2012 01:19

Papadom 2





Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.

Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.
Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.

Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.
Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.


Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.
Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu.
Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.

Last edited by eddlisa_uyuk on 28-1-2014 01:39 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 11:20 AM | Show all posts
Reply 1# astalavista44

ini sambungan yg 1 ke??? tp naper poster tuh sama gan 1???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 02:06 PM | Show all posts
Xtaulah. Sinopsis ni amik kat Blog Budiey.
lupa nak bagi credit kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 12:38 PM | Show all posts





Sources : Muhamad Azhar Abdullah



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 11:11 AM | Show all posts
Dah keluar ke Papadom 2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 01:39 PM | Show all posts
so-so lah cerita ni. antara nak tgk dgn x... layan ok, x layan pun ok...

btw papadom 1 mmg iols gi nonton kat cinema dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 03:01 PM | Show all posts
ade sape2 yg dh tgk cter ni x?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:11 PM | Show all posts
tggu asto 1st jela...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 03:24 AM | Show all posts
Xdak update lg  cite ni, lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 05:42 PM | Show all posts
Saya dah tgk... bosan je...tak lawak apa pon...biasa2 je...kelakar lagi papadom 1 tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
papadom 1 mmg lg kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 05:26 PM | Show all posts
dah pi tengok baru2 ni..Ok2 jer..boleh layan la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 06:49 PM | Show all posts
Tulah xdak apa yang best kecuali budak lelaki main bola yang lambai2 masa afdlin siram bunga tu, comel sgt eh..
Tu ja la yg best, ehehhehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 08:07 AM | Show all posts
Auntie ok je,leh je gelak2.

Bosan yg si riezman khuzaimi tu,haha. Hans pon bosan.

Comel je allan,ingatkan nape la gigih sangat dia makan huruf2 kat atas kek,rupanya sebab nak kasik ke balqis kek tu,hahaha.

Banyak je part2 auntie ngan adik gelak. Afdlin biasa la ngan lawak2 sengal dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 12:20 PM | Show all posts
not bad la movie ni.boleh bagi 2.5/5.
cuma hans, riezman punya watak agak bosan.
khir rahman maybe antara yang menghidupkan cerita ni jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 05:48 PM | Show all posts
bace review sini..patut la kutipan bawah 1 juta. suam2 je. bace sinopsis (2011 haha) pon mcm mengantuk jalan cerita

last film..gud luck afdlin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2014 05:52 PM | Show all posts
aaa..brader afdlin. kalu ko bace ni satu aku nk suggest. try la buat drama tv kalu buat filem gagal. boleh kembang lagi papadom tu sebenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 04:36 PM | Show all posts
ok jugak xde la teruk sgt, tp cam low bajet sgt, tp boleh kata lawak, iols sedih n menghayati sebab nak dekat sama dgn kisah hidup dgn abah iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.810484 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list