CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Tiga maut banjir di Perancis

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Sekurang-kurangnya tiga  terbunuh dan 600 lagi cedera akibat hujan lebat dan banjir di selatan Perancis hujung minggu ini, manakala berpuluh-puluh wilayah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.\rSungai melimpah  membanjiri jalan dan kediaman menyebabkan  penduduk terperangkap. Imej televisyen menunjukkan kereta tenggelam di sepanjang jalan.\r\n\n\n\n\r  Laporan menyatakan sepasang suami isteri  masing-masing berusia 71 tahun di pekan pantai tenggara Bagnols en Foret terbunuh  malam Sabtu berikutan keracunan karbon monoksida ketika cuba mengeluarkan air dari bilik bawah tanah mereka, kata polis. \r\r\n\n\n\n\nPolis berkata pihaknya  menemui mayat lelaki gelandangan yang dihanyutkan banjir dari  perkhemahan di Herault selatan negara itu. \rBomba membantu menyelamatkan 1,200 orang daripada ribut manakala helikopter menyelamatkan 30 penduduk di kawasan lain. \rAmaran jingga, amaran kedua tertinggi cuaca selepas merah masih berkuat kuasa di 12 wilayah selatan kelmarin berkurang daripada 16 wilayah pada Sabtu. \rWilayah  terjejas di kawasan rendah berdekatan Pyrenees di barat daya di mana hujan berterusan sehingga semalam dan membanjiri  pergunungan Alps. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list