CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Kapal angkasa Moscow gagal

[Copy link]
Post time 11-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW: Sebuah kapal angkasa Russia dalam perjalanan ke planet Marikh membawa 12 tan bahan api toksik   terkandas di orbit bumi  dan mungkin terhempas   dalam tempoh beberapa minggu jika jurutera gagal membetulkan haluannya. \rPada masa sama, pakar angkasa lepas berharap enjin senyap kapal angkasa itu boleh ditujah untuk  ke Marikh. Jika tidak, ia akan terjunam  ke bumi. Namun kebanyakan pakar serpihan angkasa Amerika yakin bahan api di dalamnya mungkin meletup  di ruang  atmosfera dan tidak  sampai ke bumi.\r\n\n\n\n\r   Kesilapan pelancaran itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri kegagalan Russia yang menambah kebimbangan mengenai keadaan industri angkasa lepas negara itu.\r\r\n\n\n\n\n   Kapal angkasa,  Phobos-Grunt tanpa pemandu berharga AS$170 juta (RM535.93 juta) berjaya memasuki orbit dengan tujahan  roket pelancar Zenit-2   selepas tengah malam waktu tempatan kelmarin (2016 GMT Selasa) dari tapak pelancar Baikonur di Kazakhstan. Selepas berpecah daripada pelancar, 11 minit kemudian, ia sepatutnya menyalakan dua enjin dan menghala ke Marikh.\rBagaimanapun, kedua-dua enjin gagal dihidupkan. Berikutan itu,  Phobos-Grunt  tidak dapat meninggalkan orbit bumi, sebaliknya terus terbang mengeliling antara 207.61 kilometer dan 341.18 kilometer di atas bumi. Orbit itu sudah semakin menurun, menurut satelit Amerika yang mengesannya.\rAgensi Angkasa Lepas Persekutuan berkata, orbit kapal itu dan sumber kuasanya mungkin membenarkannya mengelilingi bumi  kira-kira dua minggu. Pengiraan itu dipersetujui Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).\r“Dari orbit Rangkaian Pemantauan Angkasa Lepas Amerika, ia mungkin begitu dalam tempoh dua minggu sebelum terhempas,” kata ketua saintis serpihan kapal angkasa NASA, Nicholas Johnson tengah hari kelmarin.  – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.588403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list