CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Bumi Yaman kembali bermandi darah

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita, kanak-kanak korban terbaru pertempuran antara penyokong presiden, pejuangTAIZ (Yaman): Sekurang-kurang sembilan terbunuh dalam pertempuran sengit di bandar Taiz, Yaman semalam, kata pegawai perubatan dan saksi, selepas Duta Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) terbang ke Sanaa dalam tawaran terbaru untuk memudahkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur menerusi pelan damai Teluk.\rMereka berkata, sekurang-kurang 23 cedera dalam pertempuran antara Pengawal Republikan yang setia dengan Saleh dan pejuang puak berpangkalan di tengah bandar ketiga terbesar di Yaman, yang terletak kira-kira 200 kilometer selatan Sanaa.\r\n\n\n\n\rSaksi berkata, dua kanak-kanak dan seorang wanita antara sembilan terbunuh kebanyakan akibat terkena serpihan letupan tangki atau serangan mortar di daerah al Rawda dan Zaid al Moshki selain Daratan Kebebasan, di mana penunjuk perasaan berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat setiap minggu menuntut Saleh mengakhiri 33 tahun. pemerintahannya.   \r\r\n\n\n\n\nPertempuran berlaku pada Khamis selepas  lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan mencederakan seorang tentera yang berada di bangunan kerajaan.\rIa diikuti dengan pembunuhan pemimpin puak yang bersekutu dengan kerajaan Saleh dan mencederakan seorang daripada pengawal peribadinya.\rDuta PBB, Jamal Benomar tiba di ibu negara Sanaa pada Khamis yang disifatkan jurucakap sebagai misi bertujuan menggalakkan proses peralihan yang boleh memenuhi keperluan dan menjadi aspirasi kepada semua rakyat Yaman. \r“Beliau akan melaporkan kembali kepada Setiausaha Agung yang diminta untuk memaklumkan kepada Majlis Keselamatan berhubung pelaksanaan Resolusi 2014,” kata jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki- Moon, Martin Nesirky dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis.  –  Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.463783 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list