CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Banjir ancam kuil purba Ayutthaya

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AYUTTHAYA: Banjir terburuk di Thailand menjadikan kompleks kuil purba Ayutthaya kelihatan seperti pulau manakala sebuah patung tidur gergasi Buddha kelihatan berbayang di dalam air.\rPakar bimbang sekurang-kurangnya lebih separuh daripada 200 biara dan kuil ditenggelami air manakala monumen lain di ibu kota yang pernah menjadi bandar diraja itu bakal musnah.\r\n\n\n\n\r   “Bayangkan beribu-ribu tan batu bata bersandarkan pada asas yang lembut, tanpa sebarang cerucuk moden. Kami amat bimbang,” kata  pengarah Taman Sejarah Ayutthaya Chaiyanand Busayarat.\r\r\n\n\n\n\n   Ketika banjir semakin surut, sebilangan pakar mencadangkan satu perubahan untuk menghalang bencana alam yang sama pada masa depan, dengan berpatah semula kira-kira empat abad lalu untuk  mencontohi perancangan bandar dan kejuruteraan ketika itu.\r“Kita tidak boleh menghalang banjir jadi kita perlu belajar untuk tinggal bersama air semula, seperti yang diwujudkan Ayutthaya. Mari keluarkan peta lama bandar raya terbabit,” kata Timbalan Ketua pengarah Jabatan Seni Halus kerajaan Thailand  Anek Sihamat.\rBeliau mencadangkan  menggali terusan lama yang mampu memberi laluan kepada jalan raya dan menghalang kawasan industri dan perbandaran yang menghalang pengaliran air secara semula jadi.\rIbu negara selama 417 tahun itu menyaksikan pemerintahan 33 orang raja. Ayutthaya disifatkan sebagai sebuah bandar raya terbesar dalam air dengan rangkaian terusan yang berukuran lebih 140 kilometer. Dibina di atas dataran banjir pusat Thailand di pertemuan tiga sungai, sering dilanda banjir setiap tahun, tetapi rakyatnya tinggal di rumah rakit dan menggunakan bot sebagai pengangkutan.\r\n\n\n\n\rAir juga menghalang Ayutthaya daripada dirampas Burma pada 1767 yang memaksa perubahan semula ibu negara ke Bangkok,  80 kilometer ke selatan.\rBanjir  dari kawasan tanah tinggi di utara  lewat Julai lalu membunuh lebih 520 penduduk adalah yang terburuk sejak 1940-an walaupun Ayutthaya pernah mengalami banjir hampir setiap musim monsun.\rDalam masa beberapa minggu, pakar akan menilai kemusnahan dan menentukan apa perlu dibuat untuk mengubah dan melindungi bandar raya itu yang turut tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO 1991.\rPenasihat dari Venice dan Belanda, dua tempat yang menghadapi cabaran hidup dikelilingi air sedia untuk datang manakala beberapa negara termasuk Jepun dan Jerman berjanji menyediakan dana untuk memperbaikinya.\rAnek, pegawai Seni Halus menganggarkan kira-kira AS$20 juta diperlukan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.051717 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list