CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Ringgit dijangka cecah RM3.12

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peningkatan susulan  kelemahan dolar AS\rRINGGIT dijangka meningkat kepada RM3.12 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, sebelum terus mengukuh sehingga RM2.95 akhir tahun depan.\r\n\n\n\n\rKetua Strategi Pelaburan Standard Chartered, Steve Brice, berkata peningkatan mata wang tempatan itu sejajar pengukuhan kebanya-kan mata wang Asia susulan kelemahan dolar AS.\r\r\n\n\n\n\n“Dolar AS dijangka mencatat penurunan tahun depan berbanding mata wang Asia yang mempunyai struktur lebih kukuh.\r“Justeru, ringgit dijangka berada sekitar RM3.12 berbanding dolar AS akhir tahun ini sebelum terus mengukuh hingga RM2.95 pada akhir tahun depan,” katanya dalam sidang video dari Singapura semalam.\rSementara itu, Brice berkata, beliau mengunjurkan ekonomi Malaysia pada kadar 3.7 peratus tahun depan dan 4.2 peratus tahun ini.\rBeliau berkata, China dijangka terus kekal sebagai negara yang mencatat pertumbuhan terbesar di Asia iaitu sebanyak 8.9 peratus diikuti India (7.8 peratus) serta Indonesia (enam peratus).\r\n\n\n\n\r“Ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan disebabkan permintaan domestiknya yang kukuh, tidak mengalami kesan kemelesetan ekonomi global, adanya rangsangan fiskal dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang dan pasaran eksport yang kukuh.\r“Kerajaan Malaysia juga mengendalikan ekonomi dengan baik. Namun, kunci paling utama untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi ialah perlu mengekalkan daya saing, mempunyai perundangan yang sesuai, meningkatkan sumber manusia dan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.\rBrice turut menjangkakan kadar inflasi negara ini menurun daripada 3.3 peratus tahun ini kepada tiga peratus tahun depan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.476240 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list