CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Askar Libya surai sengketa puak

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pejuang Zawiya, Warshefana henti pertempuran selepas empat hari\rTRIPOLI: Beratus-ratus lelaki berpakaian seragam yang dilaporkan sebagai askar baru Libya mencatat sejarah tersendiri selepas berjaya menyuraikan pertempuran berdarah antara pejuang bermusuhan selepas diarahkan bertugas buat kali pertama.\r\n\n\n\n\r  Tentera itu yang memakai seragam berwarna perang dan lencana pengenalan, dihantar untuk berkhidmat sebagai pengaman antara kumpulan lelaki bersenjata dari bandar Zawiya dan kawasan puak berhampiran, Warshefana.\r\r\n\n\n\n\n  Pertempuran empat hari antara dua puak berkenaan yang meragut 13 nyawa adalah yang paling sengit sejak penangkapan dan pembunuhan Muammar Gaddafi bulan lalu.\rKeganasan itu mencetuskan persoalan mengenai keupayaan pemimpin sementara Libya untuk mengekalkan pemerintahan selepas lapan bulan perang saudara.\rPegawai kanan Majlis Peralihan Nasional Libya, Abdel Hafiz Ghoga kelmarin berkata pertelingkahan sudah berakhir. \rBeliau berkata anggota tentera nasional mengambil tempat antara Zawiya dan kawasan Warshefana, beberapa kilometer dari situ. Dari dua bandar itu, seseorang itu mengambil masa sejam untuk ke barat ibu negara, Tripoli.\r\n\n\n\n\rDalam pertempuran beberapa hari lalu, puak bersenjata terbabit melepaskan bedilan roket, mortar dan tembakan mesingan ke arah kedudukan musuh.  \rDi Warshefana, beberapa kediaman musnah teruk. Punca pertempuran belum jelas walaupun ada yang menuduh sesetengah penduduk Warshefana masih terikat dengan rejim lama.\rAntara alasan dua puak itu bertempur ialah untuk mengawal sebuah bekas pangkalan tentera rejim Gaddafi.\r“Anggota tentera nasional kini mengawal pangkalan, yang juga punca konflik,” kata Ghoga.\rKelmarin, ratusan askar baru itu dikerah ke kawasan antara Zawiya dan Warshefena. Mereka mengendali pusat pemeriksaan dan menggeledah kereta  mencari senjata.\rGhoga berkata, unit  dikerahkan pada Isnin itu adalah perintis dan tentera penuh bakal ditubuhkan hanya selepas kerajaan baru diumumkan Ahad depan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.981451 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list