CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Jalan utama Bangkok semakin kering

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Paras air banjir menurun berterusan ketika ini menyebabkan semua jalan raya utama Bangkok dijangka boleh dilalui semula dengan lancar dalam tempoh dua minggu lagi, lapor pihak berkuasa selepas bah melanda Thailand sejak beberapa bulan lalu hingga mengorbankan 564 orang.\r“Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton yang tiba semalam turut dijangka mengumumkan bantuan besar kepada Thailand bagi menangani keadaan selepas banjir,” kata pegawai.\r\n\n\n\n\rHillary singgah di Thailand ketika dalam perjalanan ke Bali, Indonesia untuk hadir ke persidangan ASEAN. Turut berada di Bangkok ialah Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang melawat kawasan banjir.\r\r\n\n\n\n\nPada masa ini, banyak kawasan masih digenangi air khususnya di sebelah barat dan timur Bangkok. Banjir di kawasan itu dijangka mengambil masa lebih lama sebelum surut.\rParas air yang menurun di laluan utama Bangkok, Rama II membolehkan kenderaan untuk lalu, kata mereka.\rPihak berkuasa juga bernasib baik kerana banjir tidak melanda bahagian pusat bandar itu yang padat penduduk dan menjadi kawasan perniagaan utama.\rSekurang-kurangnya 20 daripada 77 wilayah Thailand dilanda banjir sejak Julai lalu, kebanyakannya di kawasan utara dan tengah dan seperlima daripada 64 juta penduduk terjejas.\r\n\n\n\n\rPihak Berkuasa Metropolitan Bangkok melaporkan dalam webnya bahawa   banjir di ibu negara semakin surut  khususnya di lapangan terbang Don Muang. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list