CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Aishwarya, Abhishek dapat anak perempuan

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MUMBAI: Pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan suaminya, Abhishek menyambut kelahiran bayi perempuan yang juga anak pertama mereka, semalam.\rBekas Ratu Dunia itu, Aishwarya Bachchan, 38, dilaporkan melahirkan bayinya itu di sebuah hospital swasta, Seven Hills di Mumbai, kata kakitangan hospital terbabit.\r\n\n\n\n\r   “Bayi perempuan!” tulis Abhishek, 35, dalam akaun Twitter @juniorbachchan, tanpa mendedahkan butir-butir lanjut.\r\r\n\n\n\n\n   Bapa Abhishek, yang juga legenda Bollywood, Amitabh Bachchan turut mengirim mesej melalui akaun Twitternya untuk berkongsi kegembiraan kehadiran cucunya.\r“Saya jadi datuk...gembira!”, katanya sambil menyifatkan cucunya itu sebagai  bayi perempuan  comel.\rAishwarya dan suaminya yang disenaraikan sebagai pelakon senarai A di Bollywood  bersama Amitabh dan isterinya yang juga aktres, Jaya Bachchan disifatkan sebagai ‘keluarga pertama’ Bollywood.\rAmitabh sudah bergelar  datuk kerana anak perempuannya, Shweta Nanda turut mempunyai dua orang anak.\rAmitabh membincangkan kehidupannya kerana menjadi penulis blog dan Twitter. Beliau sebelum ini mempunyai hubungan dingin dengan media dan sering mengkritik mereka memberikan gambaran  salah atau menceroboh keperibadian keluarganya.\rSebelum kelahiran berkenaan, penyiar India bersetuju untuk tidak membuat pengumuman awal mengenainya.\rMalah, kenderaan untuk tujuan laporan dari luar studio juga tidak dihantar ke kediaman beliau atau hospital selain tiada ramalan nujum yang biasanya popular di India, disiarkan untuk meramal masa depan.\rMalah, berita mengenai perkara itu juga terhad kepada hanya antara satu minit kepada 90 saat.\rKebanyakan rangkaian berita televisyen India semalam dilihat mematuhi perjanjian berkenaan tanpa membuat sebarang liputan.\rAishwarya meraih takhta Ratu Dunia pada 1994 dan mula muncul di Bollywood pada akhir 1990-an. Beliau sejak itu membintangi lebih 40 filem. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.209842 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list