CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Taliban serang Loya Jirga

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua roket dilancarkan ke arah lokasi persidangan\rKABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan roket terhadap perhimpunan pemimpin puak Afghanistan atau ‘Loya Jirga’ semalam yang tidak mengenai sasaran lokasi persidangan tetapi menyebabkan seorang cedera.\r\n\n\n\n\rLetupan roket itu menggegarkan kawasan berhampiran lokasi Loya Jirga yang diadakan bagi membincangkan hubungan masa depan dengan Amerika Syarikat, kata pegawai.\r\r\n\n\n\n\nDua roket itu dilancarkan ke arah Kabul sejurus selepas jam 8.00 pagi waktu tempatan, sebelum hari kedua pertemuan dengan ketua puak  bermula.\r“Dua roket dilancar ke ibu negara,” kata ketua polis bandar raya itu, Mohammad Ayoub Salangi, selepas saksi melaporkan dua letupan kuat.\rJurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata salah satu roket meletup di jalan raya di kawasan berdekatan lokasi Loya Jirga iaitu Hotel Intercontinental, 500 meter dari situ.\rSeorang penduduk awam cedera ringan terkena satu lagi roket yang meletup beberapa kilometer dari lokasi pertemuan berkenaan.\r\n\n\n\n\rSerangan itu menyusuli letupan bom buatan sendiri menyebabkan dua anggota pengaman antarabangsa maut di selatan Afghanistan, Sabtu lalu.\rDalam mesej yang dihantar kepada wartawan, pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan dua roket itu ke arah khemah Loya Jirga.\rKumpulan itu mengetuai pemberontakan 10 tahun menentang pasukan tentera asing diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kekuatan 140,000 askar dan kerajaan pimpinan Presiden Hamid Karzai.\rPemimpin Taliban sudah mengancam menyerang Loya Jirga kali ini bagi membincangkan hubungan strategik dengan Amerika dan strategi damai dengan militan itu.\rKetika Loya Jirga tahun lalu, anggota militan melancarkan roket ke arah lokasi perhimpunan yang membawa kepada peletakan jawatan dua menteri.\rKelmarin, Karzai menggariskan syarat kepada kehadiran tentera Amerika di negara itu selepas pasukan tentera NATO berundur pada akhir 2014.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070082 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list