CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Pengedar jenama Midea rancang bina kilang

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat sasar  jualan  cecah RM100 juta tahun depan\rMIDEA Scott & English Electronics Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat dalam kumpulan DRB-Hicom Bhd yang bertindak sebagai pengedar tunggal barangan elektrik dan elektronik jenama Midea dari China merancang membina kilang bagi jenama itu di Malaysia.\r\n\n\n\n\rIa berdasarkan pertumbuhan permintaan menggalakkan terhadap barisan produk inovatif jenama itu di negara ini.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusannya, Ng Kong Chin berkata, syarikat itu sedang membuat kajian daya maju mengenainya, terutama dari segi kos tenaga buruh.\r“Ketika ini, barisan produk elektrik dan elektronik berjenama Midea yang kami pasarkan diimport dari kilang pengeluaran di China dan Vietnam,” katanya kepada Berita Harian selepas merasmikan pameran ‘My Living Taste’, di Kuala Lumpur, semalam.\rScott & English Electronics adalah syarikat usaha sama DRB-Hicom dan Midea Group China.\rNg berkata, Midea Scott & English Electronics menyasarkan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus setiap tahun bagi jenama itu disokong langkah syarikat memperkenalkan pelbagai produk baru yang berteknologi tinggi.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, bagi tahun ini, syarikat itu sudah mencatatkan jualan antara RM65 juta hingga RM70 juta dan menjangkakan ia mencecah sehingga RM100 juta tahun depan.\r“Kami yakin mencapai sasaran pertumbuhan itu memandangkan produk Midea bukan saja berkualiti malah harganya amat berpatutan,” katanya.\rBeliau menjelaskan, daripada kira-kira 100 barisan produk Midea yang dipasarkan syarikat itu di Malaysia, mesin basuh mencatatkan pertumbuhan jualan paling memberangsangkan dengan jualan sekitar 50,000 unit setahun diikuti penghawa dingin kediaman, kira-kira 40,000 unit setiap tahun.\r“Kami menyasarkan meningkatkan penguasaan pasaran bagi mesin basuh dan penghawa dingin kediaman kepada 12 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.\rNg berkata, syarikat itu turut merancang melantik 150 pengedar baru Midea di negara ini tahun depan daripada 700 sekarang bagi meningkatkan akses pengguna terhadap produk dan perkhidmatan selepas jualannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052667 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list