CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran dunia terus merudum

[Copy link]
Post time 24-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
China kurangkan pengeluaran, AS turun paras ramalan pertumbuhan\rPASARAN dunia terus mengalami kejatuhan semalam selepas satu kajian menunjukkan bahawa kilang-kilang di China telah mengambil langkah mengurangkan pengeluaran masing-masing manakala Amerika Syarikat (AS) pula menurunkan paras ramalan pertumbuhan suku tahun ketiga sebagai susulan kepada krisis hutang di Eropah yang semakin bertambah.\r\n\n\n\n\r   Harga bagi minyak mentah utama menyusut kepada AS$97 setong manakala dolar mengukuh berbanding euro dan kekal stabil berbanding yen.\r\r\n\n\n\n\n  Saham Eropah merosot pada seso dagangan awal. FTSE 100 berkurangan 0.3 peratus kepada 5,191.94 manakala DAX dari Jerman kehilangan 0.4 peratus kepada 5513.08. CAC-40 berkurangan 1 peratus kepada 2,844.49.\rWall Street turut dibuka rendah dengan saham Dow Jones kehilangan 0.7 peratus kepada 11,362 manakala S&P/ASX 200 menyusut 2 peratus kepada 4,051. Pasaran saham Asia turut mengalami kerugian besar pada sesi awal, iaitu kesan daripada krisis kewangan dua kuasa  terbesar ekonomi dunia. \rAS yang menjadi pasaran utama pengeksport Asia mengalami pertumbuhan tahunan sebanyak 2 peratus sepanjang Julai hingga September, berkurangan daripada jangkaan asal 2.5 peratus. Kajian juga mendapati China berdepan dengan masalah kekurangan pengeluaran dalam jumlah yang besar.\rHang Seng dari Hong Kong menyusut 2.1 peratus kepada 17,864.43. Kospi dari Korea Selatan kehilangan 2.4 peratus kepada 1,783.10 manakala S&P/ASX 200 dari Australia merosot 2 peratus kepada 4,051. Indeks Komposit Shanghai turun 0.7 peratus kepada 2,395.07, iaitu kerugian untuk kali keenam berturut-turut. Pasaran saham Jepun bagaimanapun ditutup kerana cuti umum.\r\n\n\n\n\rNaib Presiden Tanrich Securities yang berpangkalan di Hong Kong, Jackson Wong, berkata sentimen pasaran yang sedia lemah diburukkan lagi dengan penguncupan aktiviti pengeluaran HSBC di China.\rKadar pengeluaran menjunam kepada 48 pada bulan ini berbanding 51 pada Oktober, iaitu pengurangan terbesar sejak Mac 2009. Bacaan di bawah paras 50 menunjukkan penguncupan telah berlaku pada bulan sebelumnya tetapi jumlah indeks kadangkala boleh menjadi tidak penting dengan tahap awal pengeluaran.\r“Pasaran saham masih menanti pencetus harga untuk kembali muncul. Jika tidak, kita akan terus berada dalam situasi ini sehingga sesuatu berlaku,” kata Wong.\rKos peminjaman tinggi Sepanyol dilaporkan turut mencetuskan kebimbangan terbaru mengenai krisis kewangan Eropah. Kadar hutang yang lebih tinggi itu memberi petanda bahawa pelabur masih skeptikal dengan keupayaan kerajaan untuk mengawal belanjawan meskipun kerajaan baru mula berkuasa minggu ini. \rPelabur dilaporkan khuatir dengan kemungkinan Sepanyol untuk muncul sebagai negara terbaru yang perlu mendapatkan bantuan kewangan daripada negara jiran sekiranya kadar  hutang mereka mencecah paras bahaya.\rGreek sebelum ini dipaksa untuk mendapatkan bantuan selepas kadar hutang jangka panjang mereka melebihi 7 peratus. Kadar hutang Sepanyol dalam bentuk bon 10 tahun kini berada pada 6.58 peratus, hampir menyamai kadar hutang Greek. –  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.225109 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list