CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Suasana kondusif pikat pelabur

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peugeot RCZ dinobat Kereta Terbaik COTY 2011 tewaskan 43 pesaingMALAYSIA perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi menarik lebih ramai pelabur, terutama pembuat kenderaan hibrid untuk membuka kilang di negara ini.\rMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata, pengecualian duti kenderaan hibrid sehingga Disember 2013 diharap akan menggalakkan penggunaan kereta mesra alam itu.\r\n\n\n\n\r  “Penjualan tahunan kereta di negara ini ialah dalam lingkungan 500,000 hingga 600,000 unit untuk tempoh beberapa tahun lalu. Jualan tahun ini mungkin terganggu kerana bencana di Fukushima dan banjir di Thailand.\r\r\n\n\n\n\n  “Bagi 2010, jumlah  penjualan kenderaan hibrid ialah 327 unit dan sehingga suku ketiga tahun ini, penjualan pelbagai jenis kenderaan ini ialah 5282 unit dan kita jangkakan jumlahnya mencecah 10,000 unit menjelang 2013,” katanya.\rBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2011 (COTY) anjuran New Straits Times Sdn Bhd (NST) dan Maybank, di Subang Jaya, Selangor malam tadi.\rHadir sama Pengerusi New Straits Times Press (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Operasi NSTP, Mohammad Azlan Abdullah dan Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat.\rPada majlis itu, kereta Peugeot RCZ dinobatkan Kereta Terbaik Keseluruhan 2011, sekali gus menewaskan 43 buah kenderaan lain.\r\n\n\n\n\rModel yang dipasarkan pada harga RM218,888, termasuk insurans itu, turut dinobatkan Kereta Coupe/Cabriolet Terbaik 2011.\rPengerusi Panel Hakim COTY 2011, Yamin Vong, berkata model itu menerima undian tertinggi daripada sembilan juri yang berpendapat penampilan, hiasan dalaman bergaya, harga  kompetitif, pengendalian dinamik dan ciri keselamatan yang baik menyebabkan ia dipilih sebagai pemenang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055959 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list