CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Kilang keluli RM1.8b di ECER

[Copy link]
Post time 28-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
HIAP Teck Venture Bhd (HTVB) dan Shougang Group dari China akan membina secara usaha sama sebuah kilang keluli bersepadu membabitkan pelaburan RM1.8 bilion di Taman Perindustrian Berat Kemaman di Zon Ekonomi Khas, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Terengganu.\rProjek itu akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB), dengan pembangunan fasa pertamanya dijadualkan bermula bulan depan.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Eksekutif HTVB, Low Choong Sing ketika dihubungi Berita Harian berkata, usaha sama pertama antara HTVB dan Shougang itu adalah kesinambungan kepada hubungan erat antara Malaysia dan China yang sudah terjalin sekian lama, ditambah oleh potensi ECER sebagai sebuah lokasi perniagaan yang strategik.\r\r\n\n\n\n\n  Taman Perindustrian Berat itu katanya menjadi pilihan berikutan ia menumpu kepada industri berat, khususnya yang berasaskan besi, keluli, industri mekanikal, elektrik dan industri petrokimia, serta aktiviti hiliran lain, di samping dihubungkan dengan pelabuhan.\rLow berkata, pembangunan fasa pertama kilang itu bakal membabitkan kos RM750 juta yang akan dibiayai secara bersama oleh kedua-dua pihak.\r“Sebelum ini HTVB hanya menumpukan kepada perniagaan di dalam negara, khususnya di Meru, Klang berikutan permintaan tinggi terhadap paip besi.\r“Ini adalah kali pertama kami menjalinkan kerjasama dengan syarikat asing dan persetujuan Shougang untuk projek ini menandakan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap potensi pelaburan di Malaysia,” katanya.\r\n\n\n\n\rShougang ialah pengeluar keluli utama di China dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 juta tan dan pendapatan tahunan sekitar AS$30 bilion.\r“Dengan reputasi itu, ia adalah satu penghormatan untuk HTVB kerana mendapat peluang bekerjasama dengan Shougang, khususnya dari aspek teknikal dan kemahiran,” katanya.\rLow menjelaskan, pembangunan fasa kedua kilang seluas 480 hektar itu pula akan membabitkan pelaburan berjumlah RM1.05 bilion dan ia dijangka  bakal meningkatkan kapasiti pengeluarannya sehingga 1.5 juta tan setahun.\r“Kilang ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2013,” katanya.\rLow menjelaskan, pembinaan kilang itu dijangka menyediakan sehingga 3,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk sekitar.\r“Kilang itu nanti adalah sangat besar, dan sudah pasti kami memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai. Untuk  permulaan, seperti yang dirancangkan aspek teknikal akan diterajui pekerja mahir dari Shougang, yang akan melatih pekerja tempatan,” katanya.\rDifahamkan majlis pecah tanah kilang itu dijangka disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 5 Disember ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list