CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Parti Islam capai kemenangan

[Copy link]
Post time 4-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan awal pilihan raya Mesir sahkan ramalan kejayaan besar\rKAHERAH: Keputusan awal pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan termasuk parti Salafi, dengan parti sekular berdepan kekalahan di banyak kawasan.\r\n\n\n\n\rPerangkaan awal di kawasan yang mengundi di negara itu pada Isnin dan Selasa lalu, mengesahkan ramalan awal parti Islam akan menang sekurang-kurangnya dua pertiga daripada undian.\r\r\n\n\n\n\nDi Port Said, gabungan parti Islam diketuai pergerakan yang pernah diharamkan, Ikhwanul Muslimin, memperoleh 32.5 peratus undian manakala parti Al-Nur mendapat 20.7 peratus, lapor akhbar Al-Ahram.\rParti Wafd yang berfahaman liberal mendapat 14 peratus manakala satu lagi parti Islam, Al-Wassat, mencatatkan 12.9 peratus, menurut akhbar itu.\rDi selatan daerah Laut Merah, parti Ikhwanul Muslimin memenangi 30 peratus undian manakala gabungan sekular Blok Mesir memperoleh 15 peratus.\rKeputusan penuh pada awalnya dijadual disiarkan Rabu lalu tetapi ditangguhkan beberapa kali. Suruhanjaya Pilihan Raya berjanji petang kelmarin pada sidang akhbar yang huru hara untuk menyiarkan ia di laman web mereka.\r\n\n\n\n\rAda juga peluang bagi pergerakan sekular yang memainkan peranan dalam menumbangkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun Februari lalu selepas 178 hari mengadakan tunjuk perasaan.\rIa bagaimanapun dibayangi Ikhwanul Muslimin yang lebih teratur, amat dikenali penduduk Mesir kerana berdekad menjadi pembangkang kepada rejim Mubarak dan kerja kebajikan dan sosial yang menggalakkan.\rSeorang calon liberal, Mohammed Abdel Ghani, memberitahu akhbar Al-Shorouq pergerakannya perlu berdepan dengan propaganda parti Islam yang menyatakan calon bukan parti Islam adalah kafir.\rDi Kaherah, bintang pergerakan itu, Amr Hemzawi, memenangi kerusi di daerah Heliopolis tetapi di tempat lain, tokoh revolusi terpaksa  bergelut untuk menang.\rDi Dataran Tahrir,  penunjuk perasaan kembali minggu lalu untuk membantah pemerintahan tentera yang mengambil alih teraju pemerintahan selepas Mubarak meletak jawatan tetapi bilangan berkurang kepada beberapa ratus saja semalam.\rMenurut laporan akhbar Al-Masri Al-Yum, tiada calon wanita terpilih dalam pusingan pertama, dengan penyampai televisyen, Gamila Ismail, aktres Tayssir Fahmi dan calon Wafd, Nihal Aahdi, semuanya tersingkir.\rAahdi memberitahu akhbar itu kegagalan calon wanita kerana parti berasaskan agama menguasai masyarakat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dan Salafi menguasai keputusan undian.\rIa cuma fasa pembukaan pilihan raya Parlimen  yang dijalankan dalam tiga tahap tetapi keputusan menunjukkan aliran politik yang akan membentuk peralihan negara itu kepada demokrasi.\rBagi Dewan  Parlimen, seluruh negara akan mengundi dalam dua tahap lagi lewat bulan ini dan Januari. Dewan Negara kemudian akan dipilih menerusi  tiga  tahap. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050004 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list