CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Raja Thailand gesa rakyat terus bersatu

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ucapan disiar secara langsung sempena ulang tahun ke-84\rBANGKOK: Raja Bhumibol Adulyadej menggesa penduduk Thailand bersatu dalam usaha menangani kesan banjir paling buruk yang melanda negara itu dalam tempoh setengah abad, ketika rakyat memperingati ulang tahun ke-84 pemerintah paling lama bertakhta itu.\r\n\n\n\n\rRaja Bhumibol yang meninggalkan hospital di mana beliau menerima rawatan sejak lebih dua tahun lalu, menyampaikan titah ucapan selama lima minit dari anjung Istana Besar di Bangkok.\r\r\n\n\n\n\nSebelum itu, beliau disambut puluhan ribu rakyat Thailand dengan kibaran bendera ketika meninggalkan hospital menaiki kerusi roda dan dibawa berarak sehingga ke istana.\r“Adalah menjadi tanggungjawab penduduk menyelesaikan masalah dengan penuh kesungguhan, terutama mereka yang mengalami kesengsaraan akibat banjir pada masa sekarang,” katanya.\rDalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui televisyen itu, beliau bertitah, perkara paling penting adalah tidak ada konflik, selain menyokong antara satu sama lain dalam mencapai sasaran untuk kepentingan rakyat dan keselamatan negara.\r“Perkara paling penting ialah anda tidak sepatutnya berpecah-belah atau berbalah sesama sendiri. \r\n\n\n\r“Kita perlu saling memberi inspirasi antara satu sama lain, untuk memperoleh hasil terbaik dan memastikan negara sentiasa di dalam keadaan stabil,” katanya.\rRaja Bhumibol dimasukkan ke hospital pada September 2009 untuk rawatan masalah pernafasan dan jarang muncul di khalayak.\rSebarang perbincangan membabitkan keluarga diraja adalah disifatkan perkara sensitif di negara Thailand yang dilanda masalah politik itu.\rDi bawah undang-undang Thailand, mereka yang didapati bersalah menghina raja, permaisuri atau perwaris boleh dikenakan hukuman penjara hingga 15 tahun.\rBulan lalu seorang lelaki Thailand berusia 61 tahun dipenjara selama 20 tahun kerana menghantar pesanan ringkas menghina keluarga diraja, satu perintah yang menarik kritikan kumpulan hak asasi dan Kesatuan Eropah. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.156068 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list