CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Polis Russia tahan pembangkang

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan selepas tunjuk perasaan di Moscow bantah keputusan pilihan raya\rMOSCOW: Polis Russia semalam menahan beberapa tokoh pembangkang Russia selepas menyuraikan bantahan dan tunjuk perasaan  ke atas pemerhati pilihan raya yang didakwa menyebelahi parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin.\r\n\n\n\n\rBeribu-ribu rakyat mengadakan demonstrasi di jalan raya di tengah Moscow lewat kelmarin di tengah hujan lebat sebagai membantah keputusan pilihan raya Ahad lalu yang menyaksikan parti Kesatuan Russia menang tetapi dengan majoriti tipis.\r\r\n\n\n\n\nPolis berkata, mereka menahan 300 orang termasuk aktivis terkenal, Ilya Yashin dan blogger pembangkang, Alexei Navalny, selepas penunjuk perasaan berarak ke arah Dataran Lubyanka yang menempatkan perkhidmatan keselamatan FSB yang ditakuti.\r“Kira-kira 250 masih ditahan sehingga pagi semalam,” kata jurucakap pergerakan Solidarity, yang menganjurkan bantahan itu Olga Shorina. \rKetika perhimpunan, yang digerakkan kebanyakannya menerusi rangkaian sosial, penunjuk perasaan melaungkan ‘Russia tanpa Putin’ dan ‘Putin patut dipenjarakan.’ \rNavalny mempunyai ramai pengikut di internet kerana mendedahkan gejala rasuah dalam firma dimiliki negara dan mencipta frasa yang digunakan oleh pembangkang, ‘penipu dan pencuri’ untuk merujuk Kesatuan Russia.\r\n\n\n\rPutin berdepan tentangan paling hebat pada pengundian Ahad lalu ketika majoriti Kesatuan Russia di Duma Negeri (dewan rakyat)  jatuh mendadak. Pembangkang mendakwa keputusan itu pasti lebih dramatik jika pilihan raya dilaksanakan dengan bersih.\rPemantau yang diketuai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata, undian menyebelahi Kesatuan Russia dan dicemari pencabulan prosedur.\rSetiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, turut menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu.\rSelain Kesatuan Russia, tiga lagi parti pembangkang menang kerusi di Duma Negeri, termasuk Parti Komunis. Bagaimanapun, parti Yabloko gagal menang undi mencukupi untuk memperoleh kerusi dan sebuah lagi parti anti-Kremlin, Parnas, tidak mendaftar untuk mengundi. \rPolis berkata 2,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan di Moscow manakala Shorina berkata sehingga 10,000 orang menghadiri perhimpunan itu dan 1,500 hingga 2,000 lagi berarak ke arah pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.\rIa adalah bantahan terbesar dalam masa beberapa tahun dan peningkatan pengaruh kumpulan pembangkang Russia yang selalunya terpaksa bekerja keras mengadakan bantahan di negara itu.  – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 5154 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9242 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.222414 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list