CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Air rawat radiasi dialir ke laut

[Copy link]
Post time 9-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan TEPCO akibat tiada tempat simpanan dibantah warga Jepun\rTOKYO: Pengendali loji nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami, Fukushima berkata pihaknya sedang menimbang untuk membuang air yang digunakan bagi merawat pencemaran radiasi ke laut seawal-awalnya Mac depan, bagaimanapun rancangan itu dibantah kumpulan nelayan tempatan. \r\n\n\n\n\rJurucakap Syarikat Tokyo Electric Power (TEPCO), Junichi Matsumoto, berkata pihaknya sudah kehabisan tempat untuk menyimpan air yang dirawat di loji kerana ia sudah mula melimpah. \r\r\n\n\n\n\n“Kami mahu meningkatkan jumlah tangki untuk menempatkan air tetapi ia akan menjadi sukar untuk melakukannya,” katanya kepada wartawan sambil menambah loji itu mungkin tiba pada tahap penyimpanan maksimum menjelang Mac.\rTEPCO turut membina satu sistem menggunakan teknologi Perancis, Amerika dan Jepun, bagi menghilangkan pencemaran kolam besar air yang dibekalkan untuk sistem penyejukan itu. \rSyarikat itu berkata wakil persekutuan nelayan seluruh negara mengunjungi ibu pejabat TEPCO untuk membuat bantahan.\rTEPCO berkata, pihaknya masih memantau kesan alam sekitar terhadap pembuangan air berkenaan tetapi ia terpaksa berbuat demikian bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.\r\n\n\n\rBerpuluh-puluh ribu tan air tercemar dengan radiasi memenuhi loji itu, yang terletak 150 kilometer timur laut Tokyo pada awal krisis nuklear apabila TEPCO cuba menyejukkan reaktor akibat kecairan bahan bakar nuklear dengan mengalirkan air laut ke dalamnya.\r“Keutamaan kami ialah melihat cara untuk mengehadkan aliran air bawah tanah ke bangunan di loji,” kata Matsumoto. \rTEPCO menganggarkan berikutan limpahan, jumlah air yang memerlukan penyimpanan meningkat daripada 200 kepada 500 tan sehari. \rApril lalu, syarikat itu melepaskan lebih 10,000 tan air dicemari radiasi tahap rendah bagi memberi ruang untuk menyimpan air yang lebih tinggi kadar pencemaran, tindakan yang menerima kritikan keras Korea Selaran dan China. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.819629 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list