CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Tentera AS tinggalkan Pakistan

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ISLAMABAD: Amerika Syarikat mengosongkan pangkalan udara Pakistan berikutan tarikh akhir yang diberikan Islamabad selepas serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bulan lalu yang mengakibatkan 24 tentera terbunuh, kata pegawai. \rTentera Pakistan, dalam satu kenyataan menegaskan  pesawat terakhir yang membawa pegawai tentera Amerika dan kelengkapan meninggalkan pangkalan udara Shamsi, di barat daya wilayah Baluchistan, menyempurnakan proses yang bermula minggu lalu. \r\n\n\n\n\r  Kawalan pangkalan itu kini diambil alih tentera, kata kenyataan itu. \r\r\n\n\n\n\n  Pangkalan dipercayai digunakan dalam serangan rahsia pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Amerika (CIA) menentang Taliban dan komander al Qaeda di barat laut kawasan puak Pakistan di sempadan Afghanistan.\rPegawai keselamatan kanan yang enggan namanya dikenali memberitahu AFP: Warga Amerika sudah mengosongkan pangkalan udara Shamsi dan menyerahkannya \rkepada pasukan keselamatan Pakistan.\rSeorang lagi pegawai di Baluchistan mengesahkan kumpulan terakhir pegawai Amerika meninggalkan pangkalan itu dengan dua pesawat semalam. \rHubungan tegang Islamabad dan Washington menjadi semakin serius berikutan 26 serangan NATO pada November di mana Pakistan menyifatkan ia sebagai serangan yang disengajakan. \rPakistan menutup dua sempadan ke Afghanistan bagi bekalan Amerika dan NATO serta memberikan pegawai Amerika sehingga  semalam untuk meninggalkan pangkalan udara Shamsi.\rDuta Amerika ke Islamabad Cameron Munter memberitahu stesen televisyen Pakistan minggu lalu, bahawa pihaknya mematuhi arahan yang diberikan.\rSementara itu, di PESHAWAR, jurucakap Taliban menafikan pengumuman sebelum ini yang timbalan ketua kumpulan itu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan.  \rDakwaan bercanggah itu menunjukkan petanda jelas perpecahan dalam pergerakan itu, yang mungkin menyebabkan lebih sukar untuk menamatkan pemberontakan  di negara itu.  AP/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.991334 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list