CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Hazare lancar lagi mogok lapar sehari

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI: Aktivis antirasuah India, Anna Hazare, yang mendapat sokongan besar-besaran rakyat ketika melancarkan kempen Ogos lalu, sekali lagi melancar mogok lapar sehari semalam bagi .\rMogok lapar yang dilakukan Hazare selama 12 hari empat bulan lalu mendedahkan kekecewaan di kalangan rakyat negara itu berhubung rasuah dibayar dalam pelbagai bidang daripada mendapatkan sijil kelahiran bayi hingga projek infrastruktur besar-besaran.\r\n\n\n\n\rBeliau kembali ke New Delhi untuk mogok lapar simbolik sehari bagi membantah draf undang-undang baru antirasuah dikatakan tidak berkesan kerana mengecualikan ramai pegawai tinggi.\r\r\n\n\n\n\nKerajaan bukan saja menipu kita tetapi seluruh rakyat. Kami menolak sama sekali deraf rang kerajaan itu. Satu hari nanti rakyat negara ini akan mengajar kerajaan, katanya ketika sidang akhbar kelmarin.\rKetika mogok lapar Ogos lalu, berjuta-juta rakyat India berarak di seluruh negara untuk menyokong Hazare, bekas pemandu trak tentera berusia 74 tahun,  menyamakan imejnya dengan pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.\rPentadbiran Perdana Menteri, Manmohan Singh, goyah berikutan bantahan besar-besaran itu ketika Hazare semakin lemah kerana kekurangan makanan.\rSingh sendiri dicemari dengan skandal rasuah tahun lalu, apabila bekas menterinya dibicarakan berhubung salah jualan lesen telekom yang menyebabkan kerugian sehingga AS$39 bilion (RM122 bilion).\r\n\n\n\rHazare mengancam untuk meneruskan mogok lapar di New Delhi bermula 27 Disember jika kerajaan Singh gagal memenuhi tuntutannya berhubung rang undang-undang Lokpal (rang undang-undang anti rasuah).\rSemalam,  beliau melawat tugu peringatan Gandhi sebelum meneruskan tindakannya di lokasi yang menyaksi beratus-ratus orang mula berkumpul.\rHazare berkata, pihak berkuasa mesti mendengar rungutan penduduk awam India yang bergelut dengan rasuah dalam kehidupan sehari dan menggesa pengundi menolak Parti Kongres pimpinan Singh dalam pilihan raya tahun depan. \rIni masanya penduduk muda kembali berkumpul dan membantah tindak tanduk tidak adil kerajaan, katanya.\rKerajaan India berhasrat meluluskan rang antirasuah ketika sesi terbaru Parlimen yang berakhir 21 Disember ini.  AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052024 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list