CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Raih undi Yahudi matlamat Gingrich

[Copy link]
Post time 13-12-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
BAITULMAQDIS: Ahli perundangan Palestin, Hanan Ashrawi, menyifatkan calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Newt Gingrich, tidak berpijak di bumi nyata dan terdesak mendapatkan undi golongan pro-Israel apabila mengeluarkan kenyataan penduduk Palestin sekadar rekaan semata-mata.\rTelevisyen kabel Amerika, The Jewish Channel, menyiarkan petikan temubual Jumaat lalu memaparkan kenyataan bekas Speaker Perwakilan Amerika itu.\r\n\n\n\n\r“Ingat, negara Palestin tidak pernah wujud, ia sebahagian empayar Uthmaniyah. Saya rasa yang ada cuma penduduk Palestin rekaan yang sebenarnya orang Arab dan secara sejarah sebahagian komuniti Arab dan mereka mempunyai peluang untuk pergi ke banyak tempat,” kata Gingrich, menurut petikan itu.\r\r\n\n\n\n\nAshrawi membalas: “Kenyataan itu menunjukkan beliau tidak tahu sejarah dan bersikap perkauman selain satu cubaan murahan  mendapatkan sokongan pengundi pro-Israel tanpa mengira hak Palestin dan keamanan rantau itu.”\rPerdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, menuntut Gingrich mengkaji semua sejarah.\r“Sejak awal, penduduk kami berazam untuk kekal di tanah air sendiri. Kenyataan itu jelas menafikan sejarah,” kata Fayyad dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Palestin, Wafa.\rJurucakap Hamas yang mentadbir Gaza, Fawzi Barhoum, menggelar kenyataan Gingrich itu memalukan dan mengaibkan.\r\n\n\n\rKelmarin, jentera kempen Gingrich menyiarkan kenyataan mengesahkan keadaan itu dan berkata komennya dalam temubual berkenaan dibuat berdasarkan sejarah rantau itu.\r“Gingrich menyokong perjanjian damai di antara Israel dan Palestin, yang akan memutuskan sempadan negara Palestin. Bagaimanapun, bagi memahami apa yang dicadangkan dan dirundingkan, anda perlu fahami sejarah, itu sebenarnya yang dirujuk Gingrich,” kata jurucakapnya, R C Hammond. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058418 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list