CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Denda lembu, kambing kerana langgar adat

[Copy link]
Post time 13-12-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
PM Zimbabwe kena hukum  kahwin pada bulan suci HARARE: Perdana Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai, didenda dua ekor lembu dan dua ekor kambing biri-biri oleh seorang pemimpin masyarakat kerana melanggar budaya tempatan yang melarang perkahwinan diadakan pada bulan November, lapor akhbar di sini.\rTsvangirai, 59, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tempatan, Locadia Tembo, dalam satu upacara tradisi 21 November lalu.\r\n\n\n\n\rMedia tempatan turut memberi tumpuan kepada kakak Tembo yang juga seorang ahli politik yang menganggotai parti Presiden Robert Mugabe.\r\r\n\n\n\n\nTsvangirai dilaporkan membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan dikenali sebagai ‘lobola’, iaitu wang tunai AS$36,000 (RM113,679.79) dan 15 ekor lembu kepada mentuanya.\rDua belas hari selepas itu, Tsvangirai mengumumkan beliau menamatkan perkahwinan mereka serta mendakwa dia sudah membayar ganti rugi kepada keluarga Tembo selepas wanita itu hamil kembar.\rKetua masyarakat berkenaan, Negomo of Chiweshe di daerah tengah Mashonaland, mendenda perdana menteri dengan dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan 10 meter kain putih kerana membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan ketika bulan suci November.\rIsteri barunya pula dikenakan denda dua ekor lembu, dua ekor biri-biri dan seekor kambing kerana menerima mas kahwin itu. Tetapi, Tsvangirai sebelum itu sudah menegaskan bahawa beliau tidak mengiktiraf bidang kuasa ketua tempatan berkenaan.\r\n\n\n\rIsteri pertamanya, Susan meninggal dunia dalam  kemalangan kereta pada 2009. Tsvangirai cedera parah dalam kejadian itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.245012 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list