CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Usah panjangkan isu

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PTVM minta penggiat seni tumpu pada agenda majukan industri penerbitan\rTIMBALAN Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM), Richard Ung, berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu panas membabitkan Presidennya, Jurey Latiff Rosli, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap agenda yang mampu mempertingkatkan kepentingan penggiat seluruh industri penerbitan.\r\n\n\n\n\rTegasnya, sebagai teman seperjuangan yang sama-sama bekerja demi persatuan dan ahli, dia nampak kesungguhan dan keikhlasan Jurey melaksanakan amanah hingga akhirnya mendapat kepercayaan majoriti mengepalai Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), bermula Julai lalu.\r\r\n\n\n\n\n“Saya mahu berkongsi pandangan ini bukan disebabkan Jurey rakan saya, tetapi demi kemajuan penggiat penyiaran sendiri kerana saya melihat bagai tiada kesudahan bagi isu yang sebenarnya tiada apa-apa pun.\r“Kalau ikutkan, pemilihannya mengepalai GAFIM adalah berdasarkan undi majoriti pemimpin gabungan, sekali gus membuktikan kepercayaan ramai terhadap kemampuannya.\r“Jika ada pun cakap-cakap orang, ia sekadar pandangan tetapi tidak sangka satu demi satu cerita timbul termasuk masih memperkatakan perihal Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 lalu, sedangkan di hadapan, masih jauh perjalanan yang perlu ditempuh,” katanya.\rRichard yang sudah menerbitkan drama sejak awal 1990-an antara ahli terawal PTVM yang didaftarkan secara rasmi pada 14 Februari 2008 dengan 41 anggota yang terdiri daripada syarikat penerbitan drama dan program televisyen tempatan.\rBersama matlamat memperjuangkan nasib semua penerbit tempatan selain menerapkan hala tuju ke arah meningkatkan kualiti karya, persatuan itu kini memayungi lebih 70 anggota yang bergiat aktif menghasilkan produk.\rTambahnya lagi, sifat kepimpinan pengarah filem Libas itu sudah dibuktikan menerusi kemampuannya menerajui PTVM apabila terus diberikan mandat sebagai Presiden untuk penggal kedua.\rKatanya, sebagai pemimpin apatah lagi mengetuai gabungan yang disertai pelbagai persatuan dengan aneka latar belakang, Jurey memerlukan sokongan padu ramai pihak bagi merealisasikan sebarang matlamat.\r“Setiap persatuan punya latar belakang berbeza dan permasalahan sendiri. Namun itulah manfaat persatuan supaya suara kita didengar seterusnya menyelesaikan satu persatu isu menerusi perbincangan.\r“Agak merugikan apabila kisah sama diperdebatkan menerusi media. Kita orang industri, tumpukan usaha kepada kaedah memartabatkan industri ini sendiri daripada asyik mempersalahkan orang lain. Saya rasa perkara ini hanya disuarakan segelintir pihak yang tidak puas hati.\r“Seperti penganjuran FFM24, kalau ikutkan Jurey dan jawatankuasa induk penganjur berjaya merealisasikan majlis pengiktirafan tahunan seperti diharapkan pelbagai pihak, cuma barangkali kejayaan acara terbabit enggan diakui segelintir individu,” ulasnya ringkas namun penuh bermakna.\rEnggan memanjangkan isu, Richard mengalih topik kepada usaha PTVM memperkasakan matlamat menyeru stesen televisyen membuka lebih peluang kepada produksi swasta membekalkan program daripada bergantung sepenuhnya kepada produk dalaman.\rKatanya, keseimbangan amat penting bagi memastikan wujudnya persaingan yang secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kualiti sesebuah penerbitan, sama ada drama mahu pun program lain.\r“Kita sedar banyak stesen televisyen kini menubuhkan produksi dalaman sendiri, yang antaranya dikatakan lebih menjimatkan. Tetapi pihak berkaitan wajar melihat senario ini untuk jangkamasa panjang kerana bimbang nanti hasilnya sentiasa pada tahap sama malah kadangkala statik.\r“Inilah yang PTVM perjuangkan demi kepentingan industri selain beberapa misi lain termasuk perkara yang kami gariskan sejak persatuan ini mula beroperasi termasuk royalti pengulangan rancangan di televisyen,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051737 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list